Thursday, May 28, 2009

rupa...

Saya tertarik pada post kanda sufi saya... Maka saya ingin buat penerusan ceritera. Boleh kanda? =)

Bicara kanda Sufi, ramai sekali obses pada rupa luaran. Saya? Kamu? Kanda Sufi? hehe. Bagaimana kita?

Ramai sekali melihat dengan mata semata. Kata seorang sahabat, yang baik pada diri seseorang itu selalu datang selepas dinilai cantiknya. Begitukah kita menilai manusia?

Siapa saja tidak punya rasa ingin dipuja kerana indahnya rupa. Allah juga mencinta kecantikan... Namun cantik semata sungguh bukan nilaian sebenar keindahan...

Saat pencinta mula mencinta, sungguh kekaguman pada wajah bisa melahirkan kemabukan luar biasa. Bisa saja pencinta merindu siang malam, bagai hidup semata menanti detik bersatu dengan kecintaan... Teringat nukilan Ibn Qayyim tentang Cinta dan Rindu Menurut Al Quran dan Sunnah kalau cinta itu berputik dari sesuatu. Apabila hilang punca cintanya, maka hilanglah rasa cinta. Nampak kaitannya?

Mudah saja memikat hati manusia. Dengan nukilan indah bicara sakti, hati bisa tunduk memabuk jiwa... Haish... Pujangga pula malam2 buta ni...

Selamanya, selagi baldu palsu jadi nilaian, rugilah manusia mencinta kepalsuan. Apakah nilaian wajah mahupun kulit setanding sinar kalbu yang memancar kesucian?

Apakah saat manusia hilang upaya, cela wajahnya, cacat pancainderanya, sirna sinaran matanya, kelu bicara lidahnya, tempang langkahnya, maka hilang jua rasa cintanya? Palsu sungguh rasa cinta...

Jiwang... Hahaha...

Kamu mengerti? Kalau punca cinta itu harus sejati. Maka kerana itu Ibn Qayyim bicara, sebab cinta itu harus datang dari kesucian niat, berpunca dari kecintaan Agung...

Renung2 lama, rupanya Ibn Qayyim setuju dengan Law of Attraction. Owh, buku2... Bilakah kamu mahu sampai?

Katanya, manusia itu dipertemu atas dasar keserasian niatnya. Meski terpisah dua benua, keserasian jua bakal menyatukan insan. Maka andai 2 pencinta mencari kecintaan Agung, maka dipertemukanlah keduanya dalam taqdir Allah yang tiada pernah terduga insan... Bukankah jelas janji Allah? Ada hadith juga memperkukuh hujah Law of Attraction ini , nanti saya cari semula. Tunggu buku2 sampai...

Mawar mekar antara mawar. Mata menilai, ada indah ada cela. Semudah mata menilai mawar, apakah mawar senilai pandangan 'buta' tanpa hakikat? Biar saja mata 'buta' terus membuta. Masih ada nilai tambah pada tajam duri memagar kelopak merah. Masih jua punya nilai pada cengkam akar memaut bumi. Harumnya jua biar terhidu menyentuh kalbu. Biar nilai dinilai jiwa terlerai hijab... Siapa peduli? Saya tak peduli. Anda peduli?

p/s: asya razak, kamu di btn baik2... sy tgu kamu balik untuk bergosip... =)

9 comments:

Aurora Trading & Services said...

salam

saja nak mencelah.

komen kali ni dalam hati. jadi tak ada komen di sini.

:: ARA :: said...

Salam...

Apakah reza? Boleh pulak macam tu?

gman said...

tak cantik pun takpe...manis je pun cukup ah..
hehe

Aurora Trading & Services said...

Salam

eh...knapa tak boleh pulak? Humm jangan risau. Komen yang baik dalam hati boleh ada jgak kan?

oh ya, apa khabar dekat sana? Ha, gman...wow nak yang manis2 je.hehe

SRISUFI said...

Wahai dinda ku..


yang pasti kita akan bertemu purnama ogos...

teruskan sahaja kesinambungan entry itu...kita kongsikan bersama...


kerana manusia kadang lupa dia manusia...

rindu dengan sangat.



sila google lagu MUHASABAH CINTA

aisyarazak said...

dah balik.
tp x boleh bergosip.
cerita2 benar sahaja yang dibenarkan.

:: ARA :: said...

to gman,
amboi...

to reza,
boleh je... =) india ok je. InsyaAllah bulan 8 ni blk...

to kanda sufi,
sabar ya... masa berlalu lambat bagai menguji sabar menebal... tanpa mata pernah bertentang, hebat sekali tautan... Rindu!!

to asya,
jgn fly sblm ara blk!!! ada faham!!!

'Cikgu Padi' said...

mmg la rupa paras tidak sepatutnye enjadi ukurun utama sebaliknya hati dan latar belakang nye...namun begitu rupa paras tu jua memainkan peranan dalam kebahagiaan perhubungan...itu dalam islam pon kita harus membuat pilihan...nice post..

asya said...

ah ara...kerinduan menjengah menyebabkan asya singgah di sini. musim mungkin. doakan asya. ara di sana baik2. moga2 tenang selalu. kite jumpe ogos nnti. insyaAllah =)