Bicara HAMKA dalam Tenggelamnya Kapal Van Der Widjck:
Kata sesetengah orang, ilmu mengarang itu diperdapat lantaran nahu dan saraf bahasa dan dibaca lantaran karangan pujangga lain dan menirunya, bisa orang menjadi pengarang. Banyak diperbuat orang aturan mengarang mesti begini, mesti begitu, tak boleh salah. Tetapi bilamana kita melihat karangan pujangga sejati, sentiasa ia berlainan susunannya dengan pujangga lain. Seorang pengarang, bilamana dibaca orang karangannya, orang tertarik dengan kesulitan bahasa yang dipakainya. Biar saja menyanggah nahu dan saraf yang terpakai lazim, tetapi lebih enak orang membaca karangan itu.
Bicara saya yang kurang ilmu namun berani menambah:
Mengarang itu punya upaya menyentuh hati bila datangnya ilham dari kalbu yang lahir mengaliri saraf lantas dihalusi akal terus dinukil tinta. Sungguh, jiwa yang tiada kenal derita tiada mungkin bisa mengerti derita, lantaran derita itu tiada ia diperoleh menerusi dongengan moyang, namun dirasa sepanjang manusia meniti kehidupan dalam aturan Allah jua. Maka sepanjang zaman disaksikan umat, pejuang sejati mengarang ilmu, sejarah mahupun nasihat di sebalik jeriji penjara, dalam tanggungan jiwa sarat duka jua lelah. Lantas saat karya dibaca manusia, terkesanlah jiwanya, menitislah air mata, lantaran bicara dari hati itu menyentuh hati jua... Bicara saya ini, andai diadili selayaknya, maka pantaslah saya dan anda bersahabat lantaran bicara ini cukup menggambarkan siapa saya di balik penulisan...
Sepanjang di rumah, saya lebih banyak membaca dari keluar. H1N1 punya angkara!
Kebanyakannya berkisah derita wanita yang dirampas hak kebebasan sebenar. Maka, 2 gambaran utama kelihatan di mata saya saat ini. Gambaran tentang erti merdeka sekitar pembacaan saya beberapa hari ini...
Tidak pernah saya membaca novel sebanyak ini. Berikut merupakan senarai novel berkaitan, selebihnya saya ceritakan lain hari.
Daughters of Shame (Jasvinder Sanghera)
In the Name of Honour (Mukhtar Mai)
A Thousand Splendid Suns (Khaled Hosseini)
Tenggelamnya Kapal Van Der Widjck (HAMKA)
Habis Gelap Terbitlah Terang (R.A. Kartini)
Konklusinya: Kehadiran Islam itu memuliakan wanita, mengangkat darjat, menghapus derita, menebar keadilan.
Sepanjang sejarah manusia, wujud sesetengah fahaman kalau wanita terzahir golongan lemah, malah dasar apartheid yang sinonim dengan perjuangan Nelson Mandela juga dikaitkan dengan dasar apartheid ke atas wanita. Di negara Asia yang kaya beradat seumpama India, Pakistan, dan Indonesia, masih terdapat budaya celaru tentang bagaimana wanita itu harus dihargai. Hingga ke hari ini, masih wujud perkahwinan secara paksa malah pada usia terlalu muda tanpa menilai iman jua pekerti, sebaliknya darjat dan bangsa jadi penentu. Masih wujud jua kepercayaan wanita itu tidak punya hak menuntut tinggi, kerna kelak tempatnya hanya di dapur, menjaga keperluan suami jua membesarkan anak2. Masih jua wanita dilarang melihat dunia luar meski menjejak tanah tanpa diawasi sedekatnya, umpama wanita itu punca jatuhnya maruah dan kehormatan. Owh, memang benar. Semuanya demi maruah dan penghormatan! Lantas saat ada wanita menyanggah hak ke atasnya dinafikan, wanita dibunuh jua atas nama penghormatan dan maruah. Diperkosa sesuka hati kemudian dicampak di tebing sungai. Apakah?
Saya tahu ini sama sekali tidak pernah berlangsung sekitar kita, namun biar kali ini saya khabarkan, biar keluar dari tawa, biar tahu derita manusia lain di luar. Sesiapa yang sudah menonton filem Perempuan Berkalung Sorban, anda bakal mengerti bicara saya dengan lebih baik. Meskipun filem ini bernada liberal, namun terdapat kebenaran yang tak mampu terlindungkan.
Saya bukan pejuang hak kesamarataan antara wanita dan lelaki. Biar langit da bumi bersatu, memang tiada mungkin wanita itu sama dengan lelaki. Kerana yang terzahir jelas membukti, fitrah jua tiada mampu menafi. Namun kegagalan mengerti hakikat Islam secara menyeluruh merela adat menindas wanita satu ketika dahulu, sehingga gerakan membebas wanita akhirnya menuntut kebebasan mutlak yang membebas wanita dari sebarang tautan termasuk ikatan agama. Maka saya tidak hairan di Indonesia begitu pekat semangat juang feminisme dan golongan liberal, kerana begitu kuat juga adat mengikat mereka dahulu. Saya ulang, kegagalan memahami ilmu secara benar!
Wanita itu duduknya di mana, tanggungjawabnya sebagai apa, fitrahnya seperti apa, jua hak2 yang harus diperoleh dimaktub secara adil dalam Islam. Ini yang harus digali, bukan perjuangan membuta tanpa ilmu, sekadar diasak semangat palsu. Wanita2 Pakistan yang bebas dari belenggu adat ini saat bebas dan hadir ke tempat baru, bersemangat memulakan kehidupan baru. Namun kebebasan mutlak warisan Barat dalam diam membunuh wanita ini hingga hidupnya bermula dengan seksa jiwa terikat penjara, matinya pula dihambat kebebasan tanpa batasan hingga tiada lagi kalbu berwarna cerah...
Disekeliling saya, sifat apati ini juga membunuh dalam diam. Budaya benar seiring agama diinjak atas nama kemajuan, rasa malu dikikis berfasa atas nama integrasi agama, keayuan wudhu' penghias wajah paling indah diganti kosmetik yang entahkan halal mahupun haram. Jadilah wanita malu kepada asal usulnya, malu menganyam budi di dalam rumah sebagai isteri jua ibu. Celaru! Saya hormat Ibu Kartini yang dipuja wanita Indonesia, saya faham benar kecintaannya kepada ilmu membuatkannya menyanggah budaya. Namun penyambung semangat juang Ibu Kartini ini ada yang pincang dalam mengerti semangat bebas sebenar.
Bak kata Asya, kalau ayat dia sedap, maksudnya baru lepas baca buku Faisal Tehrani. =)
Salam kembali ke Manipal...
5 comments:
kenapa apabila bangkitnya wanita 'islam'itu mereka bermodalkan barat..
kenapa islam itu gagal dijadikan modal untuk memajukan wanita itu..
persoalannya bukan islam itu yang kurang baik.. tetapi.. kia yang gagal melihat dan menonjolkan indahnya islam itu mengangkat wanita itu..(ramai yang berjaya melihat, tetapi gagal menyuruh orang lain melihat)
persoalan kedua.. kenapa barat yang berjaya dijadikan modal dalam kebangkitan wanita.. kenapa dalam kebangkitan wanita itu, barat yang dijadikan contoh terbaik..
kembali ke mlaysia.. siapa yang bangkit membincangkan hal2 berbangkit kaum2 wanita kini.. bukankah SIS.. puak2 gereja yang kini semakin hebat membantu ibu2 tunggal dan orang miskin di sini..
ayuh.. teruskan membaca, berteori, berbincang berblog.. tapi jangan lupa turun ke gelanggang.. mendengar masalah umat.. menyelesaikan keluhan mereka..
jangan jadikan islam itu indah di tulisan.. tetapi gagal ditampilkan dari perbuatan.. gagal disampaikan kepada masyarakat..
akhirnya.. barat yang tidak indah itu.. nampak indah dengan penampilan dan penyampaian..akhirnya berjaya 'membangkitkan' wanita.
ini yang saya belajar di sii..DAKWAH
Saudara, semua orang ada tempat masing2. Jangan sekularkan teori dan praktis. Jangan perkecilkan mata pena ulama'. Dakwah Islam didasari dengan ilmu kalau tidak apa beza kita dengan kristian. Teruskan kerja saudara (saudari?) dan jangan pandang enteng jihad ilmu. Rosaknya masyarakat kerana rosaknya ulama'.
Saya terasa bahang komen saudara berdua. Apalagi saya seorang perempuan. Terima kasih, sangat dihargai. Kita berjuang dalam gelanggang masing2, meraikan perbezaan sampai bertemu titik kesatuan.
Syukran.
to Rausyanfikir, ainun adalah seorang saudara, bukan saudari.
betul.. saya tak pernah menafikan peri pentingnya ilmu.. apa la gunanya dakwah tanpa ilmu..saya juga meminati syed naquib.. tetapi kenapa syed naquib itu tidak dikenali ramai.. kerana kita yang kenal gagal memperkenalkan syed naquib dan karya2nya kepada orang ramai..
itu maksud saya pada komen di ats..
teruskan membaca,berteori dan berdialog.. tetapi jangan lupa trun ke gelanggang untuk mendengar maslah umat, menyelesaikan keluhan mereka...
dari ilmu yang kita dapat..
to rausyanfikir : saya budak lagi, kalu salah tolong betulkan.. berbanding dgn abang yang dah hebat..
to ara : mana tahu saya saudara??
O.O
Post a Comment