Saturday, July 25, 2009

Selamat tinggal...

Saya mencari makna keadilan dengan sebenar-benar kefahaman. Bicara yang datang dari mereka yang punya kalbu terang bukan sekadar bicara kosong tanpa makna...

Masa berlalu... Hari bersilih... Jiwa diwarna pelangi jua guruh menggila... Harus sampai kapan baru selamanya cerah tanpa petir menyambar? Sungguh, kerehatan hanya ada di syurga...

Baru semalam rasanya kami bertemu. Di beranda tinggi, duduk termenung sendiri menanti hujung nyawa. Meski tanpa bicara, mata hati bisa mentafsir...

Aturan Tuhan siapa bisa mengerti. Wajah tua itu bercerita tanpa suara. Tentang segalanya... barangkali ada juga kisah kecewa anak tercinta berpaling dari menyembah Tuhan warisan yang membatu diberi makan sisa jua asap kemenyan. Atau tentang cucu kesayangannya di Malaysia yang jarang2 pulang apalagi bertanya khabar. Ahh, bahasa kita berbeda, maafkanlah... Atau mungkin jua derita maha hebat derhaka darah daging yang khianat menjaga amanah berzaman. Mungkinkah?

Manusia seperti apa punya kekuatan berimpian untuk tidak punya kemahuan seperti kata Ibn Ata'illah? Bacalah berulangkali pun, saya gagal mengerti bicara pengarang kitab Al Hikam ini. Ternoda benarkah kalbu?

Manusia itu seharusnya sedar keberhutangan hamba kepada Tuhannya. Jangan pernah menandingi kehendak Tuhan... Saat keliru datang bertalu2, pada siapa harus diaju soalan? Soalan yang dibalas dengan keikhlasan bukan senyum sinis lirik tajam memperlekeh pencarian kebenaran? Ahh, siapa saja mengerti. Titik! Saya tunggu nukilan taqdir melakar tinta...

Saya kehilangan nenek satu2nya malam ini. Jauh di Thailand, segala upacara pemujaan sedang berlangsung dengan hebatnya. Di sini, peperangan akal dengan suntikan bisa lebih hebat teruji. Episod lama berulang, bantuan dari langit, turunlah dengan segera...

Manusia selalu gagal memahami, namun masih jua menagih kefahaman manusia. Diamlah, sendiri lebih baik...

Noktah! Ada hikmah menanti...

Hanya seminggu pinta saya. Seminggu untuk pulang ke Thailand bertemu buat kali terakhirnya, membisik kalimah syahadah di telinganya, bersama ibu yang mendoakan tanpa henti. Namun manusia harus jangan merencana secara terlalu, kerana Allah sebaik2 perancang...

Dakwah Rasulullah hidup seluruh alam. Menyentuh hati manusia yang dikurnia hidayah, sedang mengalun dingin menyapa manusia tanpa hidayah. Betapa ramai 'ulama besar' celaru kuasa bicara kesat mengeji sesama sendiri. Ramai jua intelektual berkejar2 melakar idea hebat membina ummah namun tanpa sedar memperlekeh sesuka hati bagai manusia tanpa adab. Hati siapa ingin ditawan dengan perilaku sebegini?

Siapa saja bisa menilai ikhlas? Siapa pula sebenar2 pejuang berjuang tanpa 'manfaat'? Mudah sungguh menawan hati si buta yang melaung dan mengangguk saat disuruh. Barangkali sekadar belajar gibran, petes dan pisip, serta ilmu permukaan cukup menjadikan manusia politikus pujaan. Siapa peduli jauh di pelosok tertentu ada manusia dahagakan hidayah? Telingkah anda sungguh meloyakan!

Ya Allah...
Kurniakan daku cintaMu,
Cinta orang2 yang mencintaiMu,
Serta kecintaan kepada amalan2 yang membawaku kepada kecintaanMu...

Harus punya hati cerah tanpa selaput keliru, kefahaman benar datang dari ilmu benar, memadam ragu menyinar yakin... Amin...

Tawakkal....

p/s: Minta maaf, saya sedang emo, anda berhak mentafsir sekadar kefahaman anda...

5 comments:

Anonymous said...

salam..
sabar. fasbir sabran jamila..
walaupun kita merancang, Allah jualah sebaik-baik perancang.
mungkin ada hikmah yg tersembunyi, atau pengajaran yg perlu diambil.
ya muqallibal qulub, tsabbit qulubana 'ala dinik.
perbanyakkan surah al-insyirah, moga ketenangan dan kelapangan datang bg hati yg gundah gulana. ameen..

aku dr amin said...

berat hati yang mengetahui segalanya
namun keinginan yang ada tidakk mampu menerjah jawapan dalam mencari kisah tersirat disebalik ketentuan Ilahi. betapa sayangnya Rasul tercinta terhadap Abu Thalib masih tidak mampu untuk membawanya ke Syurga Allah.

fara anak abah said...

y lepas,biakan lepas
bukan takdir beliau untuk masuk ke dalam agama Allah...
tp untuk masuk ke syurga Allah?itu adalah kerja Allah...kemungkinan itu wujud..
xsemua y kita lihat beriman itu masuk dalam syurga Allah..
y Allah janjikan adalah,setiap y baik akan dibalas dengan kebaikan..
iaitu kebaikan y tidak mampu kita tafsir dengan mata hati..
semua kerja Allah..untuk menentukan siapa yang layak untuk syurga nerakanya..
bukan tanggugjawab kita juga utk mendoakan orang2 bukan islam..
itu salah.
y betul buat masa sekarang adalah..
simpan semua kenangan bersama beliau.
bina kenangan indah dengan mama
bina juga kenangan indah dengan mereka y ara sayang...
supaya kesempatan y masih tersisa ni kita guna sebaiknya untuk ungkapkan dan zahirkan kata2 sayang..
kami semua ada untuk bagi support..
cumanya,dalam cara yang berbeza dari setiap orang..
kerana kami punya keunikan kami tersendiri....
y jelas,kami semua sayang ara=)

oyop said...

pergh..faraheen punye ayat! terbaek!!
good job!

akoo xnk ckp pape...
akoo org yg x pandai bermaen dgn kate2....
akoo juga org yg x pandai meluahkn madah bicara...
tp,akoo pasti ktorg sume simpati..
n ktorg ade kalo ko nk pape..salam takziah...

Saiful Zam Zam said...

Al Hadid 57 ayat 5
Dia lah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.

Betul seperti kata2 sahabat mu, kami masih ada untuk memberi dorongan pada mu. bersabarlah dan bertenang, pesan abang pada ara pelihara ibu mu sebaik mungkin, kuatkan imannya,teguhkan akidahnya, sesungguhnya kita orang2 islam berada di pihak yang benar.

Al Waaqi'ah 56 ayat 95-96

Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini.
Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.

AL-INSHIRAAH 94 ayat 1-8
[1]
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
[2]
Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -
[3]
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
[4]
Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
[5]
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
[6]
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
[7]
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
[8]
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).