Malam ini malam istimewa... Kamu terasa lantaran kesibukan saya... Saya mengerti... Dan malam ini, kamu tambah terasa, kerana malam ini malam istimewa buat kamu... Saya juga mengerti...
Mari, saya khabarkan peristiwa penting malam ini.
Malam ini bersama Farah, kami menuju ke kedai-kedai di Manipal. Dari Nandini dan 2 kedai di sebelahnya, kemudian ke Manipal Store, kemudian ke 2 pasaraya yang gagal diketahui namanya, akhirnya ke KMC Green.
Malangnya masih gagal bertemu sebarang hasil tangkapan yang memuaskan...
Perjalanan diteruskan hingga ke kedai berdekatan rumah raya. Kami nekad tetap mahu mencari... Saat sedang menaiki scooter yang uzur dimamah usia, scooter merah kami terhenti di tengah2 jalan. Nyaris sahaja tidak dilanyak lori mahupun bas yang menguasai jalan2 di India. Maka dengan segala kudrat yang ada kami terdampar di tengah jalan menghidupkan scooter yang nazak saat akhir... Akhirnya...
Dalam gelap malam, kami berdua menolak scooter hingga sampai ke Dissection Hall untuk berteduh sementara. Bimbang juga si 'buruk' ini dicuri orang...
Akhirnya, kami menaiki auto bersama sebungkus biskut Marie...

Untuk apa kami meredah malam begini?
Saya mencari Milo, susu manis, marjerin dan biskut Marie untuk dibuat kek batik. Kek istimewa...
Niat asal untuk dihadiahkan kepada sahabat yang jauh di Ireland sempena Hari Lahirnya yang ke 20. Andai menjadi seperti dirancang, saya postkan gambar beserta namanya di atas kek... Sungguh, bukan rezeki kamu...
Saat kamu bertanya kemana saya menghilang, saya mencari bahan membuat kek batik kamu dalam gelap malam...
8 tahun kita berkawan, susah senang diredah bersama, setiap inci kehidupan diketahui sebaiknya, apakah saat kesibukan menjengah seketika dalam gawat exam yang sangat mendesak, hubungan bisa jadi renggang?
Saya sayang kamu... (faith, trust, believe)
Sungguh... Hanya kekangan yang menjarakkan, percayalah India sangat berbeda dari Ireland... 2 minggu menempuh exam juga sangat menyesakkan...
Hanya sahaja, saya benar2 kisah akan kamu di sana...
Selamat Hari Lahir...
Semoga dalam redha Allah selalu...