Friday, August 6, 2010

Ramadhan....

Salam...

Merenung langit Ilahi, mencari-cari apakah ada jalur sinar untuk terus mendamba nikmat kehambaan. Jiwa diguris gundah, kalbu bersarang rindu... Betapa jauh benar bahteraku tersasar, hilang di lautan entahkan bertemu kembali kemanusiaan...

Betapa hamba itu jangan pernah merasa besar atas lebihnya diri, betapa manusia itu selamanya manusia. Punya hati bersarang nafsu jua iman yang berombak alunannya. Menjadi celaka saat ilmu menggunung tinggi, sungguh derita maha hebat buat hamba yang kenal diri. Andai saja bisa dinukil melodi hati, bisa berdarah tangisan insan yang bersaksi, lantaran derita iman dibunuh.

Ramadhan... Hadiah terindah buat hamba yang kenal Tuhannya. Dalam noda terpalit dosa, seluruh zahir dan batin diserah atas namaMu ya Allah, biar tenang jiwa, suci kalbu meski yang terzahir kelmarin tak bisa dipadam...

Wahai Tuhan...

Ambillah dunia ini seluruhnya, kecintaan sementara yang membunuh, biar saja iman yang tinggal. Hidup dan matikan dalam taqwa, biar dijemput malaikat syurga...

1 comment:

Anonymous said...

Salam ara.Ya Allah,ayat ara sgt puitis dan mempunyai makna yang tersirat.Semakin cantik dan bertambah maju ayat ara berbanding dulu semasa sekolah.
Bukan mudah untuk jumpa orang yang mengekalkan bahasa sastera zaman sekarang.
Semoga Ara terus berusaha dalam memartabatkan keindahan bahasa melayu disertai dakwah syiar Islam.
Saya dan semua yang mengenali Ara akan terus menyokong Ara.
Semoga kamu berjaya di dunia dan akhirat,kawan..(^_^)