Monday, March 16, 2009

kekasih gelap...

Post ini saya 'curi' daripada blog dia...

March 08, 2009
0051
Sedikit sunyi di kmb ketika ini. Namun sunyi lagi hati saya. Ini bukan kisah tragis tragedi penuh duka. cuma luahan hati saya. Tahun ini, usia persahabatan kami menjangkau lebih 7 thn. Mungkin belum cukup lama utk dibandingkan dgn demn (hairul hafiz) yang sudah menjadi classmate saya semenjak tadika (kelas cikgu ita sgt best kan…) hingga ke form 5. Namun dia pun tidak kurangnya, menjadi pengikut setia saya dari 1 khawarizimi, 2 razi, 3 razi, 4 razi dan 5 razi bersama abid dan nabilah. Takdir Allah yang tertulis begitu. Orangnya comel, bermulut kecil tp cakapnya banyak (memetik kata2 gman sewaktu di 5 razi). Menjadi kesayangan semua orang termasuklah saya. Pada mulanya, saya akui saya x la berapa suka sgt dengan dia ni, namun kasih sayang Allah mendahului segalanya. Dari dulu sampai sekarang ada satu perangai (yang buruk saya kira…doakan saya berubah) yang ada dalam diri saya. Saya suka membuli dan mengusik. Kadangkala smpai mangsa saya mengeluarkan air mata. Dan dia kerap menjadi mangsanya. Yang paling kerap ketika di 1 khawarizmi dulu ialah saya suka membentak meja rakan2 yang tido. Suka melihat reaksi mereka. itu antara kenangan terawal. Terlalu banyak sebenarnye utk diceritakan, tp biarlah disimpan dalam hati. Saya bersyukur atas keakraban hubungan kami. Bersyukur pd Allah yang menganugerahkan saya sahabat yang begitu memahami lahir dan batin. Saya sendiri kagum bagaimana dia boleh memahami hasrat hati saya hanya melalui senyuman dan gerakan mata. Malah setiap perkataan saya yg tersirat, cepat benar dia memahaminya. Dan hanya dia seorang sahaja yang memanggil saya dengan satu nama panggilan yang tidak pernah org lain gunakan dan jika ada saya x kan benarkan sama sekali…=P. Selepas SPM, kami dipisahkan oleh 2 penaja yang berbeza, 2 kolej yang berbeza, 2 program persediaan yang berbeza…hanya bidang perubatan sahaja yang sama. Dan melambunglah bil telefon saya…
Semalam…mungkin detik yang gembira juga memilukan.

Alah…bukannya pegi selama2nya… pegi belajar aje.

Tp bkn mudah bagi saya. Rasa mcm kehilangan sebelah tangan (exaggerated..i know =P) saya pun bakal terbang (insyaAllah…doakan saya) dan entah bila pula dapat berjumpa. Semalam selepas menghantarnya saya pulang ke rumahnya bersama ibunya. Bila masuk ke biliknya terasa semacam satu kesunyian yang maha hebat. Lazimnya, pd wktu malam kami akan membentang tilam di lantai dan menonton tv bersama2. Dan akhirnya tv tu yang akan tgk saya dan dia masih tgk tv. Semalam hanya saya seorang. Dan fifi (bantal lonjong yg ada kepala kartun) kesayangannya menjadi peneman saya. Saya rasa mcm nk hentam fifi kat dinding wktu tu. Sbb dia akan marah saya lps tu bila saya buat dajal kat fifi kesayangannya itu. Sbb saya yg kasik fifi wktu hari lahirnya yg ke 16. =P ahh..rindunya…

Ish. ayat meleret2. Bosan org membacanya…

Ok..yang akhir,
Dear siti nuhara riduan,
Selamat berjaya di bumi mahatma ghandi. Moga semangat perjuangan tidak pernah luntur. Percayalah, Allah akan tunjukkan jalan yang lurus dalam mencapai pengabdian kepada-Nya. Saya letakkan awak di bwh jagaan Allah…Saya sayang awak. Jgn tunggu saya kalau masanya dah tiba…=)
Saya sayang awak, sekali lagi.
-asya-

p/s: jahat kamu asya! kamu buat saya nangis!!! jangan sentuh fifi kalau nak selamat... btw, kalau sampai masa, jgn lambat2... tak kisahlah walau kat ireland pun... (melampau sungguh!)







7 comments:

SRISUFI said...

salam my adik,

alhamdulillah semakin kemas. bagua. bagus. pandainya hehehe.

macam ni baru ok, lengkaplah pakej

jaaga diri
mari ber'skype'

miss u

:: ARA :: said...

salam kak sufi... gara2 dibebel kakak tersayang, sy pun mengemas dgn comel belaka... nak lawan blog akak mmg tak mampu, hehe...

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Aurora Trading & Services said...

salam.

tentang link dalam web apis, humm tunggu dalam 2 3 hari ya, ada maslah sikit dekat web tu. huhu. mhon maaf ya

LOO (o_o) said...

hehe..fifi namanya..lupa nak intro kat saya tempoh hari..sarah teringin melihat kamu berselubung dengn selendng pink itu.jgn lupa kirimkn pic kamu bila memakainya.kami sentiasa merindui kamu..doc ara..ish3.rindu..

:: ARA :: said...

betul2... nama dia fifi... makhluk yang sgt comel dan saya sgt rindu padanya!! Asya suka wat dajal kat makhluk tu.. Fifi hakikatnya adalah seekor arnab pink(agaknyalah arnab). Da pakai da selendang tu, tp tak amik gamba. Nanti ye...

Anonymous said...

hey. mane ade. saya sgt sayang fifi. fifi adalah makhluk yg plg saya sayang. *ikhlas dan jujur*