Thursday, March 12, 2009

Perutusan pertama di bumi asing...

Alhamdulillah, akhirnya jejak juga kaki di Manipal,India. Meski jauh dari tanah ibunda (Malaysia dan Thailand), namun masih jua bumi Tuhan yang empunya. Pahit manis di sini terlalu banyak, apatah lagi peristiwa hilang passport semalam. Nyaris-nyaris balik ke Malaysia kalau bukan dibantu Dr Maya. Taubat!!! Lain kali tak cuai lagi...

Hari pertama sebagai pelajar perubatan, pelik rasa menyentuh buku-buku yang tebal semacam. Walaupun tak setebal buku sejarah Sultan Abdul Halim yang ditinggal di rumah, tapi memang pelik. Puas study anatomy dan physiology, akhirnya saya memberi hak pada kecintaan yang sebenar... Dari tadi mata menjeling buku ALLAH: ANTARA TASAWUF DENGAN AKIDAH tulisan Abdulfatah Haron Ibrahim (hadiah nak fly), kejap lagi bakal dibelek usai membaca Greek Thought nukilan M.M. Sharif. Saat manusia lain sedang nyenyak diulit mimpi, korban masa dan tidur jadi taruhan...

Kelmarin kami pelajar baru dikunjungi Ustaz Halim. Sungguh, bicara seorang daie sepertinya membuka mata pelajar2 yang jiwanya penuh kobaran semangat menjadi doktor berjaya yang ada masa alpa tugas sebagai daie. Tajuk utama nasihatnya, antara IJAZAH dan RISALAH. Memang benar, saat bersungguh menuntut ilmu, masih tak terbatal tanggungjawab sebagai hamba. Pesannya, sentiasalah hadir program ilmu dan agama, agar jiwa sentiasa subur dengan iman dan taqwa...

Namun saat meneliti bait-bait maklumat dalam buku2 perubatan, saya yakin tidak cukup dengan sekadar berjuang sedemikian rupa. Saat pensayarah Anatomy menerangkan perkataan-perkataan penting dalam subjek ini, kebanyakan datang dari Greek. Para saintis yang diagungkan sedangkan mereka membawa kecintaan ahli falsafah yang mencari kebenaran hingga lahir cabang sains yang membuktikan kebenaran dengan hanya bersandarkan pancaindera lantas menolak kehadiran intuisi dan wahyu. Lantas cukupkah dengan hanya ijazah dan risalah(dalam konteks risalah kampus) sedang ilmu Tuhan yang dipelajari saban hari tidak diletakkan pada haknya???

Ilmu ini telah disekularkan dari unsur ketuhanan. Cukupkah bicara tentang sejarah keagungan Islam tanpa sedar hegemoni ke atas muslim semakin membara dan membarah? Ada yang mengatakan saat melihat tubuh manusia maka kita menyedari keagungan Tuhan. Namun sejauh mana analogi dan pandangan manusia seperti pelajar2 perubatan yang apati pada kehilangan ayat-ayat Allah dalam buku-buku perubatan yang dibanggakan ini mampu meletakkan ilmu anugerah Tuhan ini pada tempatnya???

Lebih parah apabila golongan yang sedar sekularisasi ilmu ini akhirnya memilih untuk lompat bidang lantas mengabaikan hak ilmu yang terdampar tanpa nyawa. Tugas siapa menyatukan aqidah dan ilmu2 yang kini hanya menjadi maklumat kini? Saya diasak pertanyaan untuk apa berjuang demi bangsa dan agama. Bukankah pendita Za'ba pernah bicara tentang makna aqidah dalam bahasa? Malas sungguh anak Melayu yang mengaku Islam! Terdampar di sini rasa sendiri. Rindu tumpang tidur di Institut Bahasa borak-borak isu bangsa dan agama. Rindu berteman dengan sahabat-sahabat UIA bincang tentang hakikat ilmu sebenar... Ada tugas tergalas di bahu... Semoga Allah merahmati... Moga jiwa subur dengan ilmu bermanfaat, agar bibir basah meratib asma' agung Tuhan dalam keyakinan yang sebenar-benar keyakinan. Tiada paksaan dalam agama. Bukan bererti manusia bebas memilih agama apa untuk dianuti, namun Islam harus diyakini dengan redha dan ikhlas... (Total submission)...

-to be continued...

7 comments:

Saiful Zam Zam said...

salam alaik..

ana sangat bangga membaca perutusan pertama di bumi asing..setelah membacanya yakinlah ana bahawa dr adik nuhara mempunyai pegangan agama yang kuat dan muslimah yang boleh diketengahkan..

semasa di KLIA ana sentiasa berdoa semoga ALLAH sentiasa kuatkan iman dr adik nuhara semasa di bumi asing itu..

ana sangat berlapang dada membaca perutusan itu...hati ini lega tak terkata..

tentang buku2 yang hendak di pos tu, tak perlulah risau.. nanti akan ana poskan..jangan lupa bagi alamat lengkapnya...

sentiasalah berpegang kepada agama ALLAH.
jika ana ada kelapangan akan ana hantar artikel-artikel dan blog-blog yang berkaitan dengan Islam yang tidak lain hanyalah untuk menguatkan akidah dan kepercayaan kita..

jumpa lagi di lain kesempatan..

JazakAllah.

SRISUFI said...

Salam kerinduan buat Ara,

Rindu. Ini ungkapan ketiga untuk komen blog kenangan ini. Terasa sunyi pula selepas Ara berangkat.

Aduhai. Akak sedaya elakkan komen sepanjang isi entri. Akak tunggu YM berfungsi tau.

'Ukhuwah sejati adalah ukhuwah oleh akal dan hati. Tanpa melihat dan berjumpa ia sudah bertaut dan dapat dirasa kerana yang bersatu adalah hati dan disatukan oleh tali Allah dan bukannya oleh nafsu dan kepentingan diri.'

**Ada call Abg F tak? Dia sedih tu. He he he
May b minggu depan cuti sekolah dia dtg kejap hantar barangg kat akak.

Take care tau. Till we meet again.

;)

Rausyanfikir said...

Assalamualaikum,

Seperti biasa menyengat dan berbisa. Salam ziarah dari bumi Bijih Besi.

gman said...

salam

**aku still tak faham apa salam alaik tuh**

ara, sori x dpt anta,
occupied with something

sori sangat2...

u_u

:: ARA :: said...

maaf tak diterima gman!!! beria janji tak dtg.. dtg manipal belanja ak makan...

Admin said...

Hm...nampaknya peristiwa lama masih tidak menjadi pengajaran lagi ye? Walaupun perkara tu nampak kecil tapi jangan diambil mudah. Apatah lagi melibatkan passport. Jadikan sempadan.

Alhamdulillah, ahli keluarga kita, saudara Faiz baru sahaja menjadi johan pidato di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya dengan tajuk Bahasa Melayu dan Cabaran Globalisasi.

Cuma, agak terkilan dan kecewa dalam pertandingan itu bilamana ada peserta yang jumud dan ekstrem menggunakan sentimen politik mencemar nama guru di situ. Agaknya belum pernah kena tulah akibat tidak menjaga tutur bicara barangkali.

Abang pun baru sahaja dapat membeli Ke Luar Jendela (Hassan Ahmad) dan Mencari Jalan Pulang Daripada Sosialisme Kepada Islam (Kassim Ahmad). Sekarang sedang menekuni kedua-duanya bersama-sama 13 Mei 1969: Sebelum dan Selepas serta Dilema Melayu.

Semoga Hara dapat meneruskan perjuangan dan kehidupan di sana. Harap segala kesulitan dapat dipermudahkan. Moga-moga ada bicarawara yang segar antara kita apabila pulang ke Malaysia :)

:: ARA :: said...

InsyaAllah abg Safuan. Erk, biasalah tercicir brg. Dah taqdir. hehe..

Teruskan menekuni ilmu, jangan radikal! Haha. Ada masa kita sambung cerita.

p/s: kalau da msk elaun, apa salahnya post satu dua buku ke sini... wink2...