Thursday, April 9, 2009

poligami

Finally, our Islamic family laws must reflect the realities of modern life. As the Prime Minister said: ‘Ensuring the rights of women will require reform and renewal in Islamic thought… The problems that contemporary Muslim societies are confronted with today are not the problems of the sixth century, and the solutions we need today do not lie with the notion of a Syariah purportedly final and complete fourteen hundred years ago - particularly in the case of women.’ Our laws must, therefore, address the complexities and realities of modern life while accounting for the universal and eternal principles of justice and equality in Islam.

http://www.sistersinislam.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=707&Itemid=274

Ini petikan yang saya ambil dari web Sisters In Islam (SIS).

Apa jawapan seorang wanita saat ditanya apakah pendapatnya tentang poligami. Rata-rata pasti dengan yakin mengatakan "langkah mayat dulu". Logik yang cukup mudah, tidak ramai yang sanggup berkongsi kasih. Maka atas dasar rasional kononnya, logik dan bawaan emosi, maka monogami diperjuangkan.

Ambil contoh paling mudah, seorang gadis yang membesar dalam keluarga poligami. Ujian Allah menentukan dirinya membesar dalam rumah tangga yang penuh dugaan. Saban hari pergaduhan bersilang pertingkahan. Adakala pinggan mangkuk berterbangan sedang ibu tiri bijak mencucuk jarum mengambil peluang mencalar bahagia. Saban hari gadis ini yang dahulunya seorang anak kecil menyorok sendirian di belakang almari mendengar telingkah ibubapa di waktu manusia2 lain sedang lena dibuai mimpi. Tiap malam anak ini berharap kalaulah dirinya punya kesempatan menyulam tawa di sisi ibu bapa yang benar2 mengerti. Terkadang menulis surat untuk diutus kepada insan yang mengerti derita diri berkongsi bapa, namun akhirnya surat-suratnya lunyai lantaran tiada siapa bisa diberi percaya. Andai seperti ini lakaran kehidupan anak ini hingga dewasa, maka pasti saban waktu kehidupannya menanam harapan punya keluarga bahagia demi menebus luka semalam. Lantaran poligami yang dibenar agama, maka ibunya beroleh derita sedang dia tidak rela menempuh nasib serupa.

Bayangkan anak ini membesar dengan benci kepada lelaki. Maka bisa saja setiap lelaki yang hadir dalam hidupnya di analisis sedalam mungkin adakah punya kemungkinan menjadi pemimpin atau pemusnah. Saat melihat tayangan serupa melanda keluarga lain, sejarah silam berputar kembali memungkinkan luka berdarah semula. Kebencian kian mekar menuntut keadilan dalam kehidupan. Beginikah nasib seorang wanita?

Tanpa sentuhan agama, diterjah ideologi songsang feminisme maka jadilah gadis ini pejuang hak asasi wanita. Membenci kezaliman rumah tangga, menolak sistem kuno diwarisi berzaman, menaruh harapan pada sistem baru molek menepati zaman. Mesti diterjah sesat, perjuangan adalah perjuangan. Tidak rela ditindas lelaki, biar wanita bangkit membela diri. Namun tidak cukup sekadar punya semangat, hala tuju harus jelas, ilmu harus kukuh agar hujah tidak terbalas dek pejuang kuno yang memegang hujah silam yang manakan mungkin relevan dengan kemodenan. Ilmu agama harus ditekuni demi memperkukuh ideologi bawaan Barat yang telah maju memperjuang hak kesamarataan. Kalau lelaki dikatakan pemimpin kerana lelaki adalah pria pujaan yang menjadi sandaran menyara keluarga, kini wanita mampu sama taraf. Lihat saja bilangan lelaki dan wanita di universiti dan pusat serenti, dengan sedikit masa saja pasti mampu ditanam kesedaran dalam jiwa wanita2 moden ini tentang kesamarataan dan keadilan.

Perjuangan tidak bisa sendiri, meski idea ini bukan gagasan sendiri malah nyata gagasan dari 'seberang' , tapi saat keyakinan datang, inilah perjuangan! Harus dikumpul wanita2 sedar, seramai mungkin, sedaya mungkin, seupaya mungkin. Dekati wanita2 punya kedudukan kerja bisa jadi lebih mudah. Suara mereka lebih didengari, usaha menebar sayap kesedaran lebih licin lantaran biaya dan rezeki dari penyokong tidak henti melimpah. Barangkali ini petanda perjuangan diredha Tuhan....

Apa erti keadilan, apa pula erti kesamarataan? Sama tarafkah keduanya? Perjuangan ini demi Tuhan atau manusia? Di mana silapnya sehingga lahir wanita2 seperti ini yang dengan hebatnya melanggar pegangan berzaman dengan berani mencalar syariat agama dengan alasan tidak lagi seiring zaman? Tanya pendapat peribadi, memanglah berat mengizin poligami. Tapi Islam bukan agama nukilan manusia yang penuh silap dan harus digubal setiap 5 tahun. Saat pincang melanda, harus sedar akar masalah berpunca dari manusia. Perjuangan sebenar adalah mengembalikan ajaran yang sebenar, apakah undang2 manusia ini berjaya mendidik pasangan suami isteri untu menyayangi dan mencintai bertautkan cinta Hakiki dari Pencinta Agung? Monogami bukan jawapan, tapi mantapkan kefahaman tentang undang2 Poligami dalam Islam yang sebenar dalam jiwa para muslimin da muslimat, maka itulah penyelesaian sebenar. Saat sudah ada perundangan begitu sempurna, mengapa bersusah payah mencari jalan baru yang konon lebih sempurna?

Islam adalah agama yang adil, meletakkan manusia setara upayanya. Fitrah dicipta dengan beda ketara, menyamakan lelaki dan wanita harus jua menyamakan fitrah yang sebati sejak azali. Wanita mampu menyara keluarga, biar wanita jua bisa punya kuasa melaung azan mengimam solat. Semudah itukah? kalau begitu, biar wanita turut sama berjuang di medan perang dengan ratio yang sama dengan lelaki, biar diberi layanan yang sama dengan lelaki dalam semua perkara. Tarik hak2 istimewa wanita kerana nanti lelaki pula wujudkan Brothers In Islam kerana merasakan wanita punya terlalu banyak kelebihan berbanding lelaki.

Ada unsur2 sejarah yang harus dikaji tentang bagaimana ideologi ini bisa sampai ke sini. Mengapa perjuangan SIS banyak berkisar tentang dunia sedang tidak pula menyeru wanita2 yang pincan akhlaknya untuk kembali pada agama sebenar. Kalau benar mengikut nama Sisters In Islam, maka mereka harus lebih prihatin akan nasib wanita di akhirat kelak. Apakah syurga atau neraka wanita2 ini akhirnya nanti.

Apa jua keadaan, kembali kepada Al Quran dan Sunnah adalah cara paling indah. Memang tulisan saya mudah dan bukan tandingan untuk hujah2 SIS yang menjalar seantero dunia, namun moga2 ada pahala atas perkongsian mudah... Bukankah jalan perjuangan harus bermula dengan langkah pertama? Semoga ditambah kefahaman akan agama, biar jiwa kian subur, sedang kecintaan Hakiki mekar selamanya...

p/s: saya tau kamu sibuk sekali di kmb berjuang demi menjadi doktor muslimah yang sejati. Semoga kamu sentiasa rindukan saya di sini sebagaimana rindunya saya pada kamu...

5 comments:

ainun said...

saya tertanya2 apabila orang ramai membantah apa yang dilakukan oleh SIS dengan melakukan forum berkenaan undang2 Islam baru2 ini..

Cukupkah dengan membantah??

JIka SIS begitu hebat mengorganize satu forum yang dihadiri wakil dari PBB..

kenapa tidak NGO-NGO Islam kita bangkit membuat wacana serupa. Menerangkan apa yang salah dari apa yang dibincangkan oleh SIS ini..
Mungkin ade?? tapi kenapa hebahan nya tidak sehebat hebahan SIS.

Adakah umat Islam kita ini hanya tahu membantah, berdemonstrasi..dan adakah orang yang membantah itu benar2 faham isi dan point mengapa mereka membantah.. mungkin kerana persatuan yang diduduki itu membantah , dia pun ikut membantah. KUlit je tahu, isi tak tahu. Itu namanya `taklid buta` atau orang jawa panggil `blind following`..

idea ini sama ketika orang ramai membantah
apa yang dilakukan MAjlis PEguam dahulu..

tetringat kata-kata ahmad Wahib..

"kadag-kadang aku merasakan agama ini jelek"

kenapa dia berkata demikian..nampak kasar kan..

sambungnya lagi..

"kerana akal aku ini belum cukup memikirkan kesempurnaan yang ada pada agama"

dan saya tertanya2 niat sebenar orang2 dalam SIS ini.. saya rasa mereka orang baik2..cuba membela orang perempuan tetapi kenapa hala mereka berbeza..cara mereka salah..
bak kata penulis..kita kena kaji sejarah ideologi mereka..

dan memetik sekali lagi kata2 Ahmad Wahib.

"sanggupkah Tuhan memasukkan mereka ke dalam neraka"(apabila berbicara mengenai ayah angkatnya yang seorang paderi)

ada kesalahan harap dibetulkan.. itulah tujuan saya menulis..mencari kawan berkongsi pendapat yang lama di cari..

p/s: org harap dia ok..

SRISUFI said...

ke manakah adik ku ini hilang?

hello...

anabody home????

:: ARA :: said...

kak sufi rindu la tu.. hehe..

to ainun,
org ok. makin hebat skrg ye...=)

iz said...

Rasulullah bersabda,"Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka." (Hadis riwayat Al Imam Bazzar)
=)
p/s: benar2kn lah lelaki berpoligami ek..

Farrah UNIMEL said...

apabila bercerita tentang poligami banyak sekali pandangan dan tanggapan di pelbagai jenis lapisan masyarakat. ada pelbagai jenis pandangan, ada positif dan tidak kurang juga negatif. menurut penelitian saya, pokok pangkalnya akan kembali kepada individu itu sendiri, justeru kita kena faham maksud pernikahan itu terlebih dahulu. walau bagaimanapun,kita wajib menuntut ilmu bagi menjadikan pernikahan (mono atau poli)sebagai satu jalan menuju ke firdausi..tepuk dada tanya iman..