Tuesday, June 16, 2009

Keadilan...

Bismillahirrahmanirrahim...

Bagi pelajar2 SBP, impian belajar di luar negara barangkali menjadi satu kemestian. Saat Syawal hampir menjelma, pasti ucapan Salam Perantau di Berita HArian mahupun Utusan jadi perhatian. Muncul angan2 kalaulah satu hari nanti dikurnia peluang serupa merasa kehidupan di tempat sejuk dengan budaya baru yang tampak indah dan mencabar.

Apa perasaan anda kalau surat jawapan dari JPA mahupun MARA mengatakan anda dihantar ke India, bukan Ireland, bukan UK bukan juga Rusia? Kecewa? Terlepas peluang pakai baju bulu-bulu ala-ala Mat Saleh?

Buat yang kecewa, mari kita renungkan hikmah yang dikurnia Allah tanpa sedar...

Tadi sewaktu pulang dari makan, terlihat sepasang kanak2 lelaki dan perempuan dengan berkaki ayam berlutut di atas batu mengutip tanah-tanah kotor dan batuan kecil. Di situ tergambar kegembiraan yang tak mampu difahami manusia seperti saya. Jalan-jalan lagi terlihat pula pakcik tua yang menyingsing kainnya dengan barang2 berat di atas kepala. Seterusnya saat hampir tiba di asrama, kelihatan juga beberapa pasang kekasih memadu asmara bagai dunia dicipta hanya untuk mereka. Kemudian teringat pula bicara saya dan sahabat2 tentang cerita Hindusta yang makin hilang citra budaya India, hingga yang terpampar hanyalah kecelaruan identiti Barat yang menanti waktu kematian peradaban...

The way of life known as Western Civilization is on a death path.
(John Mohawk)

Saya kira pendapat pakar sejarah Amerika ini harus diteliti dengan baik. Membaca karya beliau yang berjudul A Basic Call to Conciousness: Indegenous People's Address to the Western World, saya beroleh sedar kalau kecelaruan tanggapan masyarakat yang memandang Barat sebagai kemegahan sebuah peradaban yang unggul samada dalam sedar mahupun tidak adalah kesilapan besar. Sebagaimana kata Prof Al Attas, "Belum pernah ada peradaban manusia yang membahayakan umat manusia, binatang, tumbuhan dan bahan mineral seperti peradaban Barat." Lihat saja bagaimana sikap Amerika terhadap Protokol Kyoto!

Apa kaitannya? Bayangkan nasib anak kecil dan pakcik tua tadi. Kaitkan dengan kapitalisme, kaitkan dengan IMF, WTO dan World Bank. Tidakkah kita nampak hegemoni ekonomi ini di sekeliling kita? Kaitkan pula sepasang remaja yang berkasih tanpa segan di khalayak ramai. Tidakkah mampu kita kaitkan dengan globalisasi penyebar hedonisme, pemusnah budaya hingga celaru segala nilai?

Bagaimana pula dengan isu SIS di Malaysia? Haih.. Pakcik2 pejuang politik sekalian... Cukupkah dengan petisyen dan usul mengharamkan SIS bagi menyekat penyebaran ideologi sekularisme dan liberalisme agama? Siapa yang lebih ke depan memperjuang hak wanita? Kitakah atau SIS? Ataukah kita yang lebih banyak berslogan dan berpolitik tapi kayu bila berdebat, dan hanya tahu main pintu belakang?

Pandanglah sekeliling anda dengan mata hati... Malam ni malam parotid gland... Sekian dulu...

Sila berakal, sila berfikir...

7 comments:

ainun said...

orang fikir satu je..

dulu time rasa nak g oversea..ape yang dikejar..
ilmunya atau melancongnya..

jujur cakap... kalu angan2 nak dapat pergi negara orang putih.. terbayang la main salji.. pakai baju sejuk..
kalu yang dapat g india..terbayang la tajmahal.. shah rukh khan.. kajol.. golek-golek atas padang ruput..

kalu yang nak jadi doktor..
apa yang dikejar..
gelara doktor atau gaji..atau ilmu kedoktoran itu..

dulu time ada ceramah oleh bekas pelajar, seorang doktor dari IReland..
apa yang kawan2 kita tanya kat dia..
"gaji abang kat sana berapa"

ada dua situsi bersikap material kat sni..
student yang mengimpikan gaji besar..
doktor yang `lupa` pulang untuk berkhidmat dgn masyarakat yang bayar pengajiannya..

pendidikan kita gagal..
gagal mendidik masyarakat..{oops,tapi kini kementerian pendidikan dah ditukar kementerian pelajaran so diorang bukan lagi mendidik tapi mengajar.. beza tu}
gagal membentuk pelajar yang berbudaya ilmu..
kerajaan pun tak nampak benda ni..itu pasal ppsmi masih berjalan..ppsmi di buat untuk melahirkan pelajar yang boleh bekerja..sebab bila cakap bi diorang dpat kerja..betul kan??

kaji balik falsafah pendidikan negara..
seimbang jasmani, emosi, rohani dan intelek ..
kalu rajin kaji, falsafah pendidikan by prof naquib tak pun fethullah gulen..

guru2 di ajar falsafah pendidikan ini.. tetapi kalu pelajarn yang ada dalam buku teks itu lari dari falsafahnya pun takde beza..
dulu barat pakai colonise kini globalize..

iqbalsyarie said...

terlalu berat artikel ini bg sy..2 kali sy ulang baca baru faham mesej yg anda cuba smpaikan..anyway,a very good entry~

srikandimadinah said...

Bagaimana pula dengan isu SIS di Malaysia? Haih.. Pakcik2 pejuang politik sekalian... Cukupkah dengan petisyen dan usul mengharamkan SIS bagi menyekat penyebaran ideologi sekularisme dan liberalisme agama? Siapa yang lebih ke depan memperjuang hak wanita? Kitakah atau SIS?

salam.

tak mampu nak berbicara lagi tentang falsafah, masih dalam proses memahami kecintaanmu itu, nuhara.

tertarik dgn isu SIS ini. ini sekadar pandangan peribadi. tidak dinafikan SIS membantu golongan wanita dalam beberapa hal, memperjuangkan hak wanita. tidak dinafikan itu jasa sis, namun ideologi liberalisme yg dibawa itu yang tidak boleh diterima. dalam isu aurat, emansipasi wanita, poligami. mengapa tidak dijadikan Al-Quran dan as-sunnah sbg panduan?

berbicara tentang cukupkah dgn mengusulkan petisyen mengharamkan SIS utk menyekat penyebaran ideologi sekularisme&liberalisme, sudah tentu tidak cukup. penyebaran ideologi ini tidak mampu dihalang. apa yg bisa ialah memberi kesedaran bahayanya ideologi2 ini. bukankah dgn mengharamkan SIS ataupun sekurang2nya menukar nama SIS(sister in islam) kepada SIM(sister in malaysia) sedikit sebanyak membuka mata masyarakat, apatah lagi buat mereka yang langsung tak sedar akan kewujudan SIS dan tidak tahu apa sebenarnya yang dibawa oleh mereka.

mempersoalkan siapa yang lebih ke depan memperjuang hak wanita? Kitakah atau SIS? sy cuba memikirkan apakah hak wanita yang ditindas di Malaysia sbnrnya? dlm segala bidang sy rasa wanita sudah terlibat, waima dlm bidang jurutera, tentera, polis, bomba, kedoktoran apatah lagi. lalu apa hak wanita yg dirampas dr kita? nak beribadah pun sbg wanita, kita bebas mengamalkan agama. dlm bidang pelajaran di Malaysia, wanita lbh ramai di universiti.

adakah kita rasa perintah menutup aurat itu satu beban? lalu SIS membawa ideologi bahawa hak menutup aurat adalah hak individu. aduh, panduan mana mereka guna? islamkah ajar begitu?

tntg hak kesamarataan wanita, apa yg tidak sama ratanya kita di malaysia? jgn pula diungkit mengapa wanita tidak boleh mengimamkan solat jumaat spt amina wadud. kalau mahu diungkit dan dipertikaikan juga, sila bertanya ustaz yang mampu membantu anda faham ajaran islam dgn lebih dlm.

saya rasa golongan politik juga tidak akan 'bising' kalau SIS membawa ajaran Islam sbnr, ahli sunnah wal jama'ah.. sesekali tidak. namun apa yang dibawa ideologi liberalisme, yang membawa umat Islam lebih jauh dgn Islam. lalu apabila sebahagian golongan olitik 'bising' tentang SIS, bukankah kita harus bersyukur? usaha untuk menyedarkan ummah bukankah lebih terarah?

jgn lupa kita adalah rantal2 perjuangan Rasulullah, Kekasih Allah, moga kekasih kita jua...

maaf kalau saya tergolong dalam golongan kayu berdebat. sekadar melontar pandangan. maaf atas salah silap. wallahuaklam.

:: ARA :: said...

Salam srikandi madinah..

Benar sekali... Kata2 saya di atas harus dibaca dengan maksud sinis, bukan sekadar permukaan... Juga perjuangan membela hak wanita yang tertindas maksud saya adalah hak2 yang seharusnya terbela dalam syariat Islam, bukan syariat baru bawaan golongan sekular. Seperti ibu tunggal, masalah keluarga, dan isu2 kewanitaan yang seharusnya mendapat pembelaan wajar. Kita masih tercicir.

Dalam mengatasi sesuatu masalah, akar permasalahan sebenar yang harus difahami. Dengan slogan dan main 'pintu belakang', pejuang sebenar agama akan kelihatan hilang kemampuan. Lebih parah apabila sesuatu isu dipolitikkan.

Tidak ramai golongan yang kuat berslogan yang benar2 faham akan isu sekularisme dan islam liberal. Isu yang seharusnya ditanggapi secara intelek dengan mengurangkan emosi berlebihan tidak berupaya diaplikasikan dengan baik. Kritikan dari sudut terpencil sebegini adalah keprihatinan, bukan celaan membuta tuli.

Kegagalan dalam memahami sejarah ideologi songsang SIS, dan strategi SIS adalah kelemahan ketara kita apalagi dalam kalangan muslimat. Saat ideologi ini tersebar luas dalam wahana pelbagai, slogan politik tidak cukup sama sekali. Sebaliknya kefahaman yang benar akan Islamic Worldview yang harus disuburkan...

Saya juga baru bertatih...

Wallahua'lam...

'Cikgu Padi' said...

wah...entry yg sangat berani...hot!!!

.:FaRaHEeN:. said...

ara,klu ko baru betatih,ak ni pe r plak...
undefined..
xde dlm dic..
teeett...
teettttt....
tteeetttttt......
-hang-=p

srikandimadinah said...

salam nuhara.

saya pula baru melihat dunia, masih kabur segala, belum bisa bertatih...

=)