Friday, October 29, 2010

quantum physics

Salam...

Saya mencari2 waktu meneruskan usaha menghias teratak usang ini. Owh, mmg usang sungguh...
Saya kembali menulis setelah membaca post gman di blognya. g Owh, kawan sy yg seorang ini semakin hebat perkembangannya, terasa saya yang semakin tenggelam, semakin kebelakang...

Mencari isu untuk dituliskan mungkin mudah. NAmun menyusun ayat, meluahkan fikiran dalam batas sewajarnya agar memberi manfaat mungkin sedikit sukar lantaran kekangan masa. Akhirnya, bahasa saya semakin kaku, idea semakin kering, semakin malas juga.

Mungkin sedikit perkongsian ttg buku2 yang sedang saya tekuni saat ini..

Al-Ghazali: Deliverance from error and the beginning of Guidance
The Quantum Doctor (Amit Goswami)

Sejujurnya, buku Quantum doctor sangat sukar dihadam. Saya mengambil masa hampir seminggu hanya untuk memahami chapter pertamanya. paling sukar difahami adalah flow chart ini.

elementary particles and their interactions ---> atoms ---> molecules ---> cells (inluding neurons) ---> brain ---> consciousness

Quantum physics berbicara tentang primacy of consciousness. owh, sungguh paradoks apabila Physics berbicara seperti ini, kerana classic physics berasaskan teori Newtonian adalah sangat materialist. Adakah saya semakin merumitkan keadaan? Saya cuba mudahkan... (Sebenarnya sangat sukar untuk translate perkataan2 seperti ini ke bahasa Melayu apatah lagi untuk dipermudah kefahaman)

Begini, lihat carta di atas, physics yang kita pelajari saat ini mengatakan bahawa hanya setiap perkara datang dari atom dan molekul. Itu yang kita pelajari dari sekolah. Kemudian lahir generasi QUantum ini yang cuba menjadi jambatan antara perkara ghaib dan material (cell n molecule).

Sebagai contoh, di mana letaknya fikiran. Bagi pelajar perubatan, anda belajar yang segalanya ditentukan di otak. Tapi fikirkan kembali. Sebagai contoh, anda nampak makanan, kemudian menerusi deria bau dan penglihatan, impulse dihantar ke otak menerusi saraf (quite funny using saraf instead of nerve =)), kemudian sampai ke otak (higher center), keputusan diambil, akhirnya menerusi saraf, impulse turun ke muscle menggerakkan tangan. Fikirkan kembali, pada kedudukan otak yang manakah keputusan diambil? Setiap kali kita nampak makanan, bukan setiap kali itu juga kita akan makan. Ada banyak faktor lain yang mempengaruhi, seperti makanan itu bukan milik kita, makanan itu kotor, kita merajuk diusik lantas kita tidak mahu lagi untuk makan, dan sebab yang pelbagai. Akan tetapi, manusia dengan sebab yang sama tidak semestinya akan membuat keputusan yang sama. Mengapa? Ini sama sekali di luar neurology class yang saya pelajari.

Maka inilah yang dikatakan sebagai consciousness oleh Quantum Physics. Bahawa ada sesuatu yang bukan bersifat material yag tidak duduk di dalam brain, yang menggerakkan manusia dan segala apa untuk membuat keputusan.

Dalam bahasa mudahnya, golongan ini cuba menjadi jambatan yang mengubungkan dua dunia: Physics dan Metaphysics. Atau dengan bahasa yang lebih mudah lagi mencari jalan bagaimanakah kehadiran Tuhan mempengaruhi manusia dalam setiap tindak tanduknya. (Kenyataan ini sekadar pemahaman saya, mungkin ada sedikit pincang).

Sejauh mana keupayaan teori ini, saya masih membaca dan belajar. Sesiapa berminat untuk berkongsi, silakan berkongsi.

p/s: minta maaf pos ini agak berat. Adakala teringin juga menulis post yang comel dan witty spt blog2 lain. but thats just not me!!! =)

salam.



7 comments:

Cahaya Kegembiraan dan Kesyukuran said...

slm kak ara. interesting indeed. i am starting to lay some interest in philosophy because my english lecturer here told me that philosophy can make us understand science better and i am still trying to find Sophie's World. I hope its available here in Kota Bharu. ;) btw, miss u. :)

S.Putra said...

Salam Kak Ara.

Sudah lama membaca blog anda, dan sekian lama menanti, akhirnya ia 'terkemas' juga.

Saya rasa buku yang paling tepat untuk menerangkan perihal metafizik adalah Prolegomena karangan Prof. Syed M. Naquib al-Attas. (mungkin ada yang menerima idea al-Attas, mungkin tidak, tetapi setelah membacanya, saya terbijaksana!)

Bagaimana Sains dapat dijadikan sebuah medium untuk membahagiakan manusia, ternyata tidak mampu dipelajari di dalam kelas.

msbmna said...

Agak lama tak dengar khabar Ara. Blog pun lama juga tak dikemas kini.

Mungkin boleh gunakan Windows Live Writer untuk memudahkan penulisan blog secara 'offline'.

Apa-apa pun selamat maju jaya. Moga jadi seorang doktor yang hebat.

-Safwan-

aisyah said...

kamu mmg x pandai buat lawak! haha
anyway will read ur post after i finish with my basal ganglia & cerebellum. huaaaaaa

aisyah said...

alhamdulillah

i learnt bout what u said in my neuranatomy class. my lecturer is just awesome!~

for example, he introduced us bout free will & determinism. he said, there is no free will since our brain first dictates what we gonna do few seconds before we actually do the things. therefore, our actions r all pre-determined. haha.

he even introduce a special module called 'the neuroanatomy & I' a subject of philosophy integration with neuroanatomy. cool stuff anyway.

neuro is always cool but learning them is painstaking. gosh.gosh. back to my notes on spinal cord.

take care ara!~ :D

Rausyanfikir said...

Don't forget to give credit to the guy who bought you that painstaking book :)

:: ARA :: said...

fara: i miss u too. a lot!

s.putra: haha, blog ni dah mcm sarang labah2 dah. akak baru nak mula kemas. yup, but prolegomena is way too hard for me to understand alone. i need a teacher!

abg safwan: tq.. doakan ye..

asya: dey, remember ara kalah pidato diraja final keb sbb kena paksa wat lawak???
huhu..

rausyan: =)