Sunday, May 10, 2009

mencari prioriti… menjadi diri…

Kronologi kehidupan barangkali menetapkan betapa kehidupan itu bermula dengan kelahiran, melihat dunia dari mata kecil seorang bayi, belajar bertutur dari bibir mungil seorang kanak-kanak, mengenal dunia menurut penilaian seorang remaja, membina diri bersama kedewasaan, merenung sejarah lampau menerusi memori di usia emas, kemudian kembali ke tanah dijemput Izrail… Siapakah antara kita berani bangkit melontar idea baru bahawa hidup ini bakal berpanjangan tanpa ada noktah bergelar ajal?

Namun fitrah Sunnatullah, betapa tidak ada aliran perjalanan kehidupan yang sama bagi setiap manusia. Lantas corak yang pelbagai dalam melakar warna kehidupan itu yang membezakan antara seseorang dengan yang lain… Antara insan, manusia atau haiwan…. lebih tepat kalau dikatakan bahawa hanya taqwa menjadi penanda aras darjat makhluk bernama manusia. Ada insan yang lahir dan membesar dalam keazaman bahawa sesungguhnya gelaran khalifah di muka Bumi tidak harus dipersiakan dengan kehidupan penuh kekosongan… Penuh keseronokan tanpa ada bekalan menuju keabadian… Namun tidak kurang yang lahir semata2 melihat dirinya menerusi orang lain, mengambil watak pada manusia lain hingga akhirnya menimbulkan kecelaruan personaliti… Tambah menyedihkan andai pencarian prioriti kehidupan masih lagi belum ditemui…

Menjejak ke dunia seorang remaja, barangkali majoriti lebih senang bebicara tentang keasyikan pesona dunia. Dengan pakaian berjenama, barangan berkualiti diiring harga yang tinggi, hujung minggu bersama sahabat meronda pusat membeli-belah atau berfoya-foya bersama kekasih (semoga dijauhkan).

Maka dalam post kali ini, saya cuma ingin berkongsi idea adakah kita benar2 meletakkansesuatu pada haknya, benarkah prioriti masa kita diatur sempurna,serta adakah perlakuan dan tugas2 yang kita atur seharian berlangsung dalam prioriti yang tepat… Seperti post2 sebelumnya, tak terdetik untuk menulis sesuatu yang berat. Hanya berniat untuk menyentuh hati sendiri dan sesiapa yang mencari diri agar bertemu citra abadi.

Beberapa minggu kebelakangan ini, terasa ada anjakan dalam kitaran kehidupan. Keagungan Allah yang menentukan ceritera kehidupan akhirnya menemukan saya dengan dengan satu fasa baru kehidupan yang rupanya menjadi lembaran baru sebuah perjalanan seorang remaja. Kalau dulu melihat kebejatan sahsiah masyarakat, saya barangkali lebih banyak mencela dalam hati, kesal dengan kejahilan empunya diri, dengan sepotong doa moga mereka diberi petunjuk. Tapi kini, menerusi perspektif berbeza, saya menilai situasi yang sama dari dimensi yang lebih luas. Apakah mereka yang pincang akhlak ini sedar nilai sebuah kehidupan? Apa silapnya keindahan pekerti tercalar? Ibu bapakah yang celaru? Saya melihat kecelaruan identiti yang parah berlaku. Remaja ini tidak sedar nilai agamanya, nilai bangsanya, nilai agamanya. Mereka apati pada sejarah kegemilangan dan kejatuhan silam.. Mereka kabur pada watak2 antagonis Barat yang bermadu wajah, merobek citra seorang remaja muslim. Segalanya kini bersangkut paut. Susah nak dihuraikan, sebab saya pun baru tersedar. Sukar menjelaskan, kerana pandangan ini dirasa menerusi hati yang kian terang…

Ada tanggungjawab tergalas di bahu anda.. Samada lelaki mehupun perempuan, dalam ruangan berbeza, kitalah rantai2 yang menyambung perjuangan… Perjuangan yang dimulakan dengan akal yang merdeka dan kaya dengan ilmu, membuka hijab hati, sehingga aqidah terpatri kukuh, maka lahirlah jalan perjuangan yang dilakar sempurna.. Mudahnya menyusun bicara, sesak dada melaksana amanah. Namun buat yang punya hati, semoga langkah kita tidak mati…

~ara~

p/s: terima kasih atas nasihat kamu di Malaysia. Memang kamu seumpama saudara kandung, kamu faham saya sedalam2nya... Terima kasih... Terima kasih... Dilema penyu bakal dileraikan...

2 comments:

Saiful Zam Zam said...

alangkah bahagianya jika sekelian ahli keluarga kita yang masih remaja berfikiran spt Dr Ara.. atau pun sudah cukup jika rajin membaca atau mentelaah kitab2 yang memberi pedoman untuk memudahkan perjalanan kita untuk sampai "di sana" ..

remaja2 kita pada hari ini hanyalah juara dalam hiburan yang melampau yang mengalahkan bangsa2 lain yang ada ... bukan hendak menuding jari utk menyalahkan sesiapa.. tapi kenyataannya hari2 setiap waktu media2 kita mengagungkan hiburan semata2.. ruang2 ilmu agama hanyalah diselitkan hanya untuk menunjukkan merega juga islamik , tetapi islamik yang hanya untuk memenuhi kuota siaran semata2, tajuk2 perbincangan pun hanya terbatas pada perkara yang tidak menggoncang hati untuk berubah kepada Islam yang syumul..

remaja2 kita hanya tertarik dgn pesona dunia semata2.. itulah yang mereka dahulukan..

apa yang boleh Dr Ara usahakan dan lakukan untuk mengubah remaja2 kita apabila pulang ke Malaysia nanti?

:: ARA :: said...

to lithium,

Ibu bapa yang paling utama melakar kanvas hidup anak2nya meski tidak dinafikan ada unsur luar turut memainkan peranan... Sebagai ketua keluarga, harus abg lebih jelas berbanding saya... Semoga kita menuju redha bersama2... =)