Friday, March 27, 2009

anatomy...

Malam berlalu perlahan sekali malam ini. Barangkali termenung mengenang rumah di Malaysia yang semestinya lebih sunyi dihuni sendirian oleh mama membawa syahdu kerinduan yang terlalu...

Hari ini seharusnya mudah dan menceriakan kerana kelas tamat jam 10 pagi. Namun kesibukan dan tuntutan yang pelbagai menyebabkan saya terperuk di perpustakaan Manipal yang canggih itu sepanjang hari. Saat menjejak kaki ke perpustakaan usai solat Isyak, hanya Allah yang tahu mengantuknya mata. Maka alternatif terbaik, saya membaca nukilan Einstein saat manusia-manusia lain khusyuk menghadap buku Anatomy... Selesai membaca beberapa artikel dengan sedikit coretan peribadi berkaitan artikel, saya teruskan dengan General Anatomy.

Buku baru dari Manipal Bookland ini memang menarik di awal pengenalannya. Sejarah Greek Anatomy yang saya temui!!! Maka waktu yang seharusnya saya habiskan untuk menghafal tulang2 yang pelbagai dihabiskan membaca berulangkali sejarah manusia2 agung pencetus Anatomy. Balik ke asrama saya teruskan dengan mencari maklumat2 tambahan di internet hingga sesak tab2 di firefox. Apakah Nuhara? Macamlah soalan ni akan keluar dalam test Isnin depan.

Saya sedar tak ramai akan baca bahagian sejarah begini. Barangkali sekilas pandang tak terdetik untuk diteliti. Untuk berbincang perkara begini bersama teman2 terasa membebankan lantaran saya tahu mereka lebih memilih meneliti lower limb dan upper limb yang terlampau banyak untuk dihalusi. Saya pun tak habis baca lagi... wink2... Maka atas sebab itu, saya memilih melunas dendam di blog...

Baiklah, selesai muqaddimah...

Saya tertanya2, mengapakan sejarah Anatomy tidak dimasukkan ke dalam silibus perubatan? Apakah sejarah ini tidak langsung membawa kepentingan? Salahkah tanggapan saya apabila saya katakan budaya taqlid buta ini menerjah setiap ceruk ilmu baik ilmu fardhu 'ain dan fardhu kifayah? Maka konklusinya, waktu saya di library berjaya menghubungkan artikel Einstein dan sejarah2 Greek Anatomy... (Harus dingatkan, saya sekadar melakar pandangan, bukan autoriti dalam bidang ini)

Bermula dengan Hippocrates, (Father of Medicine)... Bicara tentang manusia ini, teringat peristiwa interview saya di Manipal (Kampus Melaka). Diasak dengan soalan2 falsafah oleh Prof Razak(kalau tak silap nama) sedang orang lain tak tersentuh soalan begitu. Mengapa saya kena? Barangkali kerana kelangsungan Law of Attraction... Baik! Berbalik pada Hippocrates, setelah ditikam sewaktu interview maka saya selalu mengkaji perihal manusia yang memperkenalkan Hippocratic Oath ini. Andai diteliti dari sudut perubatan, seharusnya tiada penafian Hippocrates telah banyak menyumbang walau dari sudut perubatan moden banyak ideanya yang tidak lagi diterima pakai. Bukan perihal sumbangan yang ingin saya kisahkan, anda boleh cari sendiri di google. Yang menarik adalah Hippocrates merupakan salah satu manusia yang menolak unsur2 karut dan tahyul sebagai punca sakit. Seharusnya ini adalah suatu yang sangat besar di zaman itu lantaran banyak kepercayaan sakit itu diakibatkan kemurkaan Tuhan dan sebagainya. Maka atas dasar itu segala masalah kesihatan didasarkan kepada pembuktian sains.

Tampak mudah?

Tidak semudah itu di mata saya. Saat idea sebegini muncul, maka dalam diam segala yang berlaku menuntut pembuktian berbentuk empirikal lantas segala yang bercanggah adalah tidah benar. Tuhan? Intuisi? Taqdir? Di mana letaknya? Adakah saat kita dikatakan bebas dari zaman yang kononnya kolot, kita benar2 bebas atau hakikatnya ini yang dikatakan sekular?hoho.. jangan anggap saya suka idea animisme dan tahyul di zaman Greek. Tidak sama sekali kerana saya yakin Islam sendiri punya jalan terbaik menghubungkan ilmu naqliyyah dan 'aqliyyah yang mula terpisah atau terlebih dahulu terpisah di era Hippocrates.

Penemuan paling menarik malam ini seharusnya tentang Galen. Kenapa?

"A good physician must also be a philosoper. "

Ini kata Galen. Dan saya tiba2 tersenyum. Meneliti perjalanan hidup Galen, memang lebih menarik berbanding tokoh Anatomy yang lain. Fokusnya bukan setakat kepada Anatomy, Physiology malah Falsafah dan logik. Terpengaruh dengan Plato, Aristotle malah paling utama Hippocrates yang dianggapnya sebagai 'divine'. Andai seseorang memilih untuk menjadi pengikut tanpa berfikir, hidup bakal jadi mudah. Tapi bagi seorang pemikir sejati, bukanlah satu kepuasan menerima tanpa mengerti dengan hati. Maka saya sedikit sebanyak mengerti mengapa Galen bersungguh mengatakan doktor harus jua menjadi seorang filsuf. Namun bukan murah harga yang perlu dibayar, terlalu banyak cabaran yang harus ditempuh sama jua dengan Che Guevara... Lantas tidak hairan namanya tidak pernah mati. Saat kegelapan melanda Eropah, karya Galen deras diterjemah ke dunia Islam dengan kritikan dan pembetulan oleh ilmuan Islam sebagaimana sentuhan Ibn Al Nafis tentang 'pulmonary circulation'.

Saat Renaissance berlangsung, karyanya menyeberang kembali ke dunia Barat dengan sentuhan yang diperhebat oleh ilmuan Islam. Mengapakah kisah hebat sebegini diabaikan? Bosan sungguh silibus perubatan. Belajar tanpa makna melainkan insan2 terpilih berusaha mencari makna. Mencari makna demi Allah yang pasti...

Perubatan adalah bidang yang menarik. Seperti bermain puzzle, setiap subjek melengkap pemahaman berkenaan tubuh manusia. Sama seperti falsafah. Segalanya berkaitan... Barangkali ada pelajar perubatan yang tidak tahu kalau perubatan itu sendiri lahir dari falsafah. Lantaran desakan akal dan hati manusia yang terlalu ingin mengerti hakikat diri, adakah manusia itu terdiri dari sel atau atom. Andai hanya itu yang melengkap makhluk bernama manusia, mengapakah mayat tanpa nyawa tidak lagi dikatakan manusia sempurna? Apakah peranan roh dalam pelengkap makhluk bernama manusia. Oh lupa... Tokoh Anatomy Greek seperti Herophilus juga yang menempatkan intelektual di akal bukan di hati. Malah 'soul' manusia ditempatkan di 'calamus scriptorious'.

Apakah yang saya utarakan saat tengah malam begini?

Maka tautan terakhir, saya kaitkan dengan teori Einstein berkenaan Society and Personality. Kita terbiasa dengan 'collective mind of society'. Pandangan alam yang ditentukan masyarakat diangkat sebagai kayu ukur kebenaran. Ala-ala pilihanraya la lebih kurang... Maka dalam menentu pembentukan peribadi seseorang, masyarakat turut sama mengalun rentak hidup seorang manusia. Di mana letaknya kehadiran dan pendapat individu yang merdeka dari pengaruh masyarakat? Tidak nampak sinarnya. Namun fikirkan kembali... Sebelum sesuatu budaya berjaya mendominasi sesebuah masyarakat, maka seharusnya ada individu yang muncul membawa pembaharuan hingga berjaya melakar mentaliti masyarakat. Contoh paling mudah adalah kehebatan Rasulullah membina keindahan peribadi kaum Quraisy yang sebelumnya hidup dalam kejahilan. Insan agung seperti ini merupakan obor cahaya yang hebat!!! Contoh yang realistik bagi perubatan pula adalah keberanian Herophilus men'dissect' cadaver(mayat yang diawet, tapi saya tak pasti mayat zaman Herophilus diawet atau tidak). Maka pembawaan ideologi, pendapat dan fahaman individu ini yang asalnya membawa kepada pandangan alam masyarakat.

Kaitannya dengan Einstein dan saya?

Menurut Einstein manusia-manusia sebegini semakin kurang. Apabila zaman berlalu, terlalu banyak yang telah disumbangkan oleh tokoh silam. Maka saban hari manusia semakin selesa, keinginan untuk mencari kebenaran semakin kelam lantaran telah banyak usaha menyinar dilakukan tokoh sebelumnya. Teknologi berkembang, begitu jua ekonomi. Fikiran manusia? Semakin banyak maklumat namun semakin terpenjara! Saya sesak diasak mempelajari sesuatu tanpa susur galur dan asal usul ilmu. Apakah? Mengapakah?

Pendapat saya? Bebaskan saya dari belenggu belajar mengikut silibus yang tidak lengkap sistem ilmunya. Berikan nyawa pada ilmu ini. Satukan ilmu naqliyyah dan aqliyyah agar seiring fardhu ain dan fardhu kifayah. Satukan ilmu ini agar akhirnya keredhaan Tuhan yang digapai...

Banyak yang ingin ditulis. Ramai lagi tokoh menarik. Tapi cukuplah sampai sini, sekadar perkongsian ringkas...

Mengutip perca, melengkap bahagia...

9 comments:

gman said...

Ara...
sekarang kita dalam course 5/6tahun yang asalnya dari 8/9tahun.
8/9 tahun tuh dipotong dari banyak hal macam perjalanan saraf.
dulu profesor2 belajar, tapi sekarang kita fokus dekat masalah@penyakit tu je.
itu 8/9tahun

kalau nak tambah philosophy, mungkin lagi 4 tahun.

mungkin masa Galen hidup, dia terlepas pandang demand n supply kot.

ni pun ilmu manusia, nak lengkap macam mana.

dan kau terfikir tak, ada sesetengah antara kita ni memang x boleh bawak mende2 melibatkan sejarah?

.:muj@ahidah Solehah:. said...

Ara selalu wat ana terfikir..benar..apa gunanya ilmu andai hanya diterima secara membabi buta..hadui, ana rasa, ana lah insan yang hanya menerima tanpa mahu mengkaji..tapikan ara..juz wonder, cmne eh,if kita memang ade persoalan2 yang ingin kita bangkitkan..tapi mahu mula dari mana??
adakah ara bermula dari buku2 falsafah? atau ara bertanya atau pun membuat penyelidikan di yahoo or google...
mohon pencerahan :)
nice..suke topic falsafah..

:: ARA :: said...

to gman...
kita bicara tentang islamisasi ilmu... Ilmu yang datang dr Allah dan dikurnia kpd manusia. Saat manusia seenaknya mengatur ilmu dengan menghilangkan peranan Allah, maka adakah masih kita duduk selesa mengaku muslim yang sempurna saat sistem yang didiami menyanggah kehadiran Tuhan... Kalau nak diikutkan kehendak manusia yang tak selesa mengkaji sejarah, maka jadilah manusia itu terus2an tidak mengenal diri dan Tuhan. Seperkara lagi, bukan tentang sejarah yang ingin ditekankan sangat dalam post di atas, tp sekularisme yang melanda umat Islam yang lebih dimaksudkan... Untuk lebih memahami dualisme ilmu, sila rujuk blog berikut...

http://rausyanfikir.com/2009/03/masalah-ulama-hari-ini-dualisme-ilmu.html

To mujahidah solehah,
Saya sendiri tada jawapan. Minta maaf sbb hakikatnya saya pun tersangkut2 mencari jalan bagaimana mencerahkan iman dan akal... Yang terbaik seharusnya didamba pada Allah agar menunjuk jalan, insyaAllah akan ada bantuan yang datang dari arah yang tak terduga... Ini yang saya maksudkan dengan Law Of Attraction yang dihurai secara Islamik oleh Rusdin S. Rauf berbanding The Secret nukilan Rhonda Byrne. Pendapat saya yang terlalu kurang ilmu ini, dalami pandangan alam Islam terlebih dahulu tentang sistem ilmu, bagaimana menentu kebenaran dan sebaliknya. Buku2 Prof Al Attas antara contoh terbaik. Kalau nak selami karya2 Al Ghazali, tak mampulah saya selesaikan MBBS dalam 5 thn...Tp contoh2 di atas pun satu langkah mudah bagi kita yang terlalu baru...

Maaf, tiada jawapan sempurna sbb sy sendiri tak punya jawapan...

gman said...

okay, thanks.
it's ur blog anyway...

:: ARA :: said...

huik... mcm tak setuju je gman.. no offence ek..

ainun said...

orang nak berkongsi satu persoalan dalam buku yang orang bace..

seorang filsuf itu tidak sepatutnya beragama..
bile die mule beragama, die berhenti jadi filsuf..
untuk filsuf itu die perlu ada "agamanya" sendiri yang dia bicarakan sendiri dengan TUhan.
Saya fikir, agama-agama yang ada ini hanya untuk yang kurang berfikir atau yang telah berasa selesai dalam berfikir..

jauh saya berfikir..saya rase kate2nye betul..

ade pendapat laen??
jgn post coment ni bleh..

nawla said...

teringat seorang cter sahabat.. berkenaan seorang pelajar pandai dari sebuah universiti tempatan..tak tahu betul ke tak..
pelajar ni mempersoalkan pelajar yang pergi sembahyang..katanya diorg sembahyang pun tapi tak pandai jugak..

saya yang kurang ilmu ini{bace beberapa kali sebelum faham aktikel diatas..hehe}
merasakan ini adalah satu contoh apabila ilmu yang dia pelajari tu tidak "bernyawa" lagi..dia tidak membawa kepada redha kepada Allah..

c's said...

nice2.. keep it up~

sikit-sikit ok.. but, i dun really enjoy anatomy yet because it is too much right now [personal view].. disaster gak nak study.. [even i got less than 2 months to finish compelete anatomy for conventional system.. rasa cam timer bomb~]

Anonymous said...

the persuit begins..