Saturday, March 14, 2009

fitrah

Bicara tentang fitrah, barangkali sinonim bagi remaja tentang naluri mencintai dan dikasihi. Fitrah remaja katanya. Saat hati dirundung duka, air mata mengalir syahdu bagai alunan senandung kasih laila majnun. Fitrah... Perkataan yang tampak mudah apabila dimaksudkan dengan fenomena permukaan, namun bisa menyentuh naluri kehambaan apabila dihayati selayak akal berlayar...

Rindu sekali pada Falsafah Ketuhanan nukilan Hamka. Satu-satunya buku yang sangat berbekas di hati lantaran ditemui saat jiwa berkabus ragu. Apa ertinya menjadi seorang hamba? Saat ustazah di sekolah mengatakan kita adalah hamba Allah, selalu jiwa bertanya, kenapa hamba? Apa bukti kita hamba? Apatah lagi saat anak-anak terdedah kepada pengetahuan dari pelbagai cabang, bisa saja soalan mencabar iman ditujukan kepada ibu bapa saat si ibu mengatakan Allah itu Maha Besar seperti "Sebesar mana Allah itu ibu? Besar macam Matahari ke? "

Mungkin kita juga pernah berfikir sebegitu suatu ketika, namun taqlid totok warisan berzaman jadi penghalang sehingga Tuhan dijadikan daerah terlarang untuk akal. Berbalik kepada fitrah, bukan kisah cinta terlarang yang ingin saya lagukan. Namun kisah pencarian ketuhanan yang banyak disanggah akal hingga memungkinkan ideologi songsang berlambak menduga aqidah.

Pluralisme, sekularisme, liberalisme, atheis, me2 yang pelbagai ini selalu mencuit iman dalam sedar jua alpa. Kata Heraclitus, tiada suatu pun yang kekal, seperti sungai yag sentiasa mengalir, saat manusia menyeberang merentas arus tidak mungkin saat kedua manusia berkenaan dapat melalui jalan yang sama dan dihalangi molekul-molekul air serupa. Maka dengan itu Tuhan juga dianalogikan serupa olehnya.

Fitrah manusia mencari Tuhan. Dari zaman Greek pemikir-pemikir besar cuba memenuhi fitrah kehambaan mereka dengan mencari Tuhan. Sungguh saya kagumi kekuatan akal mereka mencipta Tuhan dengan sifat-sifat kemanusiaan yang melebihi kekuatan manusia agar taraf Tuhan benar-benar menjadi Tuhan. Kata Hamka, memang fitrah hamba mencari Tuhan. Lantaran itu manusia-manusia purba menyembah alam kerana alam yang memberikan mereka teduh, makan dan kehidupan. Tuhan-tuhan Hindu pula menampilkan personaliti yag menonjolkan bahagian tubuh tertentu yang merujuk kepada pengagungan reproductive system sebagai tanda keagungannya memungkinkan kelahiran manusia dan penerusan keturunan. Lihatlah... Fitrah sifat kehambaan ini sentiasa mekar dan bercambah hingga memungkin segalanya disembah dalam ruang lingkup kehambaan.

Maka demi memenuhi fitrah inilah para nabi diutuskan, menunjuk jalan kepada yang hak dan batil. Membeda antara Tuhan dan hamba, maka jiwa manusia dipenuhi kecintaan akan apakah yang kekal dan fana. Apakah setanding upaya para filsuf yang seumur hidupnya mencari jalan menentu yang benar dan salah dengan kehebatan para utusan Tuhan yang selengkapnya menyampaikan wahyu Tuhan tentang bagaimana seluruh alam harus diatur sempurna? Bagaimana bisa keraguan diletakkan setaraf wahyu dan hidayah dalam menentu hakikat kebenaran? Berat juga post kali ini, sabar ye meneliti bait-bait bicara saya... Kecuali kepada yang mengerti, sila bantu saya memahami dengan lebih baik.

Seterusnya, aliran cerita ini berpindah kepada bagaimana fitrah ini disongsangkan daripada insan yang punya sifat kehambaan kepada menafikan kewujudan kuasa yang empunya keagungan sehingga memungkinkan pelbagai fahaman yang saya nyatakan di atas muncul menyerang aqidah manusia. Kata Hamka, bukan fitrah manusia menafikan ketuhanan. Idea ini muncul setelah manusia mengakui wujud kuasa tertinggi seperti yang telah saya huraikan secara ringkas sebentar tadi. Namun, masalah ini timbul apabila manusia meletakkan akal semata-mata dalam membuktikan sesuatu sama seperti halnya bidang perubatan yang saya dalami saat ini. Wujud insan-insan tertentu yang menuntut pembuktian akan kewujudan Tuhan dalam bentuk kehambaan dan benda sedang hakikatnya Allah berada di luar ruang lingkup kehambaan lantaran Allah adalah pencipta segalanya. Maka kerana itu, adalah suatu yang amat mustahil bagi manusia mencari penjelasan yang bisa memenuhi akal sahaja lantas menolak bantuan wahyu dan utusan Tuhan.

Baik, kita ringkaskan sedikit...

FITRAH KEHAMBAAN MENYEMBAH TUHAN---MENCIPTA TUHAN MENGIKUT SIFAT KEHAMBAAN DENGAN KELEBIHAN TERTENTU----KEHADIRAN NABI MELENGKAP FITRAH----KELAHIRAN MANUSIA YANG KONON PUNYA AKAL HEBAT MENUNTUT PEMBUKTIAN TUHAN DALAM RUANG LINGKUP KEBENDAAN----KEMUNCULAN IDEOLOGI2 SONGSANG.

Sambung sedikit lagi. Selain itu, keadaan tetentu juga mendesak manusia menolak kehadiran Tuhan. Sama seperti cerita sejarah SPM tentang bagaimana gereja menolak kehadiran Sains yang bercanggah dengan pendapat gereja lantas mengizinkan INQUISITION berlaku...

Atas pelbagai faktor dan pembesar-pembesar gereja yang menodai kesucian agama menyebabkan pelbagai pemberontakan berlaku sehingga Marx mengatakan agama adalah candu masyarakat. Jelas juga membuktikan fitrah manusia ini berubah dari menyembah Tuhan kepada penafian atas faktor-faktor tertentu. Bukanlah fitrah manusia itu menafikan ketuhanan...

Maka tujuan utama post ini disiarkan adalah penekanan bahawa fitrah manusia bersifat kehambaan dan mengagungkan Tuhan...

p/s: Kepada yang menyarankan saya menjadi penulis, saya memang sentiasa menulis hanya sahaja kebanyakannya tidak disiarkan kerana takut mengundang kontroversi. hehe. Lagi pula tak larat menulis banyak kerana banyak yang perlu dibaca sebelum menulis. Dan paling penting buku anatomy sangat tebal!!!wink2. Juga kepada sahabat yang sentiasa di sisi, saya akan 'berjoging' sahaja. Takkan 'berlari'. Jangan risau...

5 comments:

Saiful Zam Zam said...

Allahuakbar..

Memang berat rasanya bagi ana yang tidak berapa pandai dalam bab bab yg Dr utarakan.

Ana kenal Dr bukan lah baru sehari dua tetapi yang bermain di benak ana ini bagaimana Dr yg ana kenal secara lahiriah dapat menulis post2 yg begitu menarik untuk ditatap. Seolah-olah rasa macam tidak percaya blog dan post ini dimiliki oleh Dr yang ana kenal.

Ana menyokong kuat jika Dr menjadi penulis disamping menjadi doktor yang zuhud. Janganlah takut kepada kontroversi, asalkan jangan kontroversi yang ekstrem. Sebarang post yang dirasakan kontroversi sudilah Dr emelkan kepada ana untuk ana membacanya.

Biarlah menjadi kontroversi asalkan ada kebenaran dan hujah yang kuat, nescaya kontoversi itu menjadi vice versa bagi orang-orang yang faham akan kebenaran dan membuka fikiran bagi orang-orang yang menolak kebenaran.

Tidak perlulah rasanya menulis banyak-banyak tetapi yang utama adalah semua point serta huraiannya jangan ditinggalkan. Dan tidak boleh juga menulis tergesa-gesa dikhuatiri hilang mutu dan kualiti, benarlah kata Dr "banyak yang perlu dibaca sebelum menulis ".

Perlu juga kita berlari sekali sekala supaya tidak ketinggalan dan keciciran, hanya yang tidak boleh adalah bila Dr lari kuat-kuat meninggalkan kami :)

:: ARA :: said...

Post ini penuh ideologi, falsafah ketuhanan, idea tasawuf yang saya cuit2 sedikit dan dilakar menurut pandangan saya. Tak mampu dihurai byk kerana bukan kepakaran sy. Hanya kepada yang terdedah kepada pemikiran begini mampu menghadam dengan baik.

Anonymous said...

dengan rendah dirinye org menulis..

dalam falsafah kejuhanan tu yang org minat when hamka quote..lbih kurang macam ni la..

"sesuatu yang kite tidak tahu itu tidak semestinya tidak ada, cume kite je yang belum mengetahuinya sebab kite belum mengkajinye or akal kite yang tak mampu mengkajinye"

"tanpa gelap kite tak tahu yang cahaya itu wujud"

itu je..
buku pinjam~

Anonymous said...

banyak lagi yg best dalam buku tu..yang sempat ingat ditulis..

lari takut cepat penat..bnyak 'beban' yang dibawa..hehe

:: ARA :: said...

terima kasih ainun... haha.. comelnye nama... sekali imbas dah tau siapa...