Sunday, March 22, 2009

Wanita...

Meniliti kisah2 wanita agung sepanjang sejarah, kita dialun keasyikan kemuliaan srikandi Islam yang luar biasa. Saat jiwa tertanya-tanya bagaimana bisa wanita2 ini menyinar iman laksana permata saat terdampar di perlimbahan, tambah ragu bagaimana bisa punya darjat setara mereka. Mimpi barangkali menandingi Sumaiyyah yang mengorban diri demi Islam, apakah bisa setanding Rabiatul Adawiyyah yang mencintai Tuhan lantas membutakan hatinya pada cinta fana, Zinnirah yang kehilangan pancaindera demi aqidah, jua puteri Rasul junjungan yang pakaian nikahnya bertampal-bertampal lantaran kezuhudan.

Dunia berubah... Memang benar... Manakan mungkin sungai mengalir disisi molekul air yang sama mengaliri liku-liku serupa pada detik waktu yang tiada berubah. Anak kecil jua tahu kalau ais krim yang dimakan tak mungkin kekal sama rupanya. Adakah perubahan zaman ini bererti Islam jua harus berubah, lantas menuntut wanita untuk maju kehadapan setara kemegahan globalisasi yang hakikatnya sentralisasi? Hmm... Renungan ini menyesakkan jiwa bagi yang mengerti. Hidup dalam sistem yang tiada nilai adalah penderaan yang maha hebat. Kehilangan unsur ketuhanan dalam segenap ruang kehidupan bahana sekularisasi merentap semangat yang mendamba bahagia hakiki dalam pengertian yang saya kira hanya difahami manusia tertentu.

Wanita kini kian kehadapan. Itu kata mereka. Andai dulu wanita di dapur berkain batik tersipu malu, kini wanita bisa menggoncang dunia, memimpin negara, mencetus pembaharuan. Bukan pakaian mahupun penampilan jadi persoalan. Namun jasad yang tiada 'roh' yang saya maksudkan. Serabut... Kita halusi satu persatu...

Perbandingan ketara sudah pasti penampilan luaran. Gah dipandang dan dipuja, wanita mana tak terusik dengan pujian. (lelaki pun sama =)). Fitrah kelembutan ini seharusnya terdidik dengan ilmu yang membuahkan keimanan lantas terpancar cahaya pada wajah. Namun realiti hari ini tidak lagi seperti zaman Rasulullah. Semakin jauh zaman berlalu, semakin bertambah cabaran buat kaum Hawa yang mengundang fitnah. Tiada lagi malu memperaga wajah dan keindahan yag seharusnya menjadi benteng iman. Ahh. Tudung sendiri direka seiring zaman tanpa mengira secocok tuntutan Ilahi. Zaman berubah bukan? Tiada yang menegur bukan bererti benar perlakuanmu wahai teman... Al Quran bukan nukilan manusia yang seenaknya dipersia. Saat jiwa kelabu, tidakkah hatimu sedar iman telah sirna?

Kolot sungguh! Tahun 2009 masih lagi bertutup sana sini. Mak ayah sendiri tak pernah melarang rambut mengurai di khalayak ramai apa lagi bertudung singkat. Pakaian panjang bertutup rapi manakan sesuai imej remaja kini...
Ibumu bukanlah wanita sempurna kerana masih jua dirinya bergelar manusia. Apakah satu kesalahan menyanggah bonda dengan penuh susila demi mempertegak Al Haqq? Saya rela korbankan segalanya demi Al Haqq. Lantas apakah perkara remeh ini diperbesar oleh wanita yang semegahnya mengaku muslimah? Saya malu... Saya malu dalam diam... Bukanlah satu kekolotan memelihara malu. Kerana dalam kerapian personaliti ini jiwa beroleh damai, sedang akal tak pernah mati. Wanita yang inginkan syurga tidak memandang dunia. Setiap nafasnya hanyalah demi Tuhan. Dunia di tangan sedang akhirat di hati. Bukan yang semudahnya tertipu dengan manis dunia...

Teringat pula pada wanita2 Rusia yang tertipu dengan dakyah Rasputin... (selingan)

Bukan mudah kekal menyinar iman saat wanita zaman ini berlumba memperjuang feminisme. Kesamarataan yang diagungkan bagai paksi hanya pengiktirafan undang-undang bisa memelihara hak wanita. Surat-surat perempuan Johor dan 1515 karya Faisal Tehrani adalah sentuhan penuh ketelusan menjunjung darjat wanita.

Apa yang lebih membarah bukanlah isu penampilan mahupun pakaian, tapi jiwa yang hilang makna. Srikandi zaman Rasulullah memanglah rusuk kiri yang bersama menampung beban dakwah suami namun dalam masa yang sama merekalah mutiara ilmu yang tersimpan rapi. Hijab tidak menghijab akal mahupun hati. Beda wanita dulu dan sekarang yang paling ketara adalah keindahan akhlak dalam kemuliaan ilmu duniawi mahupun ukhrawi sedang wanita kini miskin ilmunya sedang yang terbuka bukanlah fikiran sebaliknya keaiban... (harus saya ingatkan, saya tidak memaksudkan wanita2 mulia apabila berbicara tentang wanita kini)


Bukan mudah meredah lautan ilmu dalam gelaran seorang wanita. Apakah terbatal hak mencinta ilmu apabila menjadi seorang wanita? Apakah hijab menghalang hak seorang wanita untuk mulia dalam ilmu? Yang didamba adalah ilmu menuju Tuhan dalam penyatuan naqliyyah dan aqliyyah. Selalu semangat saya dilunturkan saat jiwa berkobar meniti titian diluar kebiasaan. Bukan mudah menjadi 'luar biasa' dalam kebiasaan. Sunyi mendesak jiwa sedang rasa ingin tahu semakin mekar. Bukan keindahan diri ingin ditampilkan sebaliknya kemuliaan agama yang dituju. Apalah ada pada rupa yang akhirnya dimamah zaman dibanding cinta Tuhan yang manisnya memabukkan jiwa selamanya...

2 comments:

ainun said...

dengan rendah hati menulis disini..

wanita..
dulu ditindas di zaman jahiliyah..
hadir Islam memberi sinar kepada mereka..
hadir RAsulullah menjadi contoh manusia yang menyayangi mereka..saidina Umar menangis terkenang saat membunuh anak perempuan di zaman gelapnya dahulu..
hadir Al-Quran menjadi panduan hidup di dunia..
tetapi..
jika ilmu agama ada di fikiran tetapi jauh di diamalkan..
perlukah rasa bangga dengan ahli yang ramai di universiti..
tetapi makin ramai yang dieksploitasi susuk tubuh untuk pelaris barangan..
buat yang tidak mengetahui ada surah yang di beri atas nama anti semua..
buat yang terlupa..jangan dibangkit soal kesamaan tetapi bangkitkanlah soal keadilan..

wat lelaki pula..
cukupkah ilmu untuk menjadi ketua kepada wanita yang hebat2 ini??

wat yang menulis diatas..
teruskan mengutip perca bahagia..

p/s:tegur kalu salah..

lithium72 said...

dari lelaki yang mencari redha Ilahi..

benarlah kata penulis dan komen dari ainun..

cukup atau tidak cukup ilmu seseorang lelaki untuk memimpin wanita wanita yang hebat dizaman ini sememangnyalah boleh dipertikaikan.. namun masih ada tokoh lelaki yang cukup ilmu untuk memimpin bukan saja para wanita hebat malahan untuk memimpin dunia juga mereka mampu..

bukankah kita hidup dizaman dan dunia yang penuh tipu dan daya dari golongan syaitan laknutullah dan juga dari kalangan manusia sendiri yang ada diantara mereka yang mengikuti golongan syaitan laknutullah itu.. lelaki yang mana sanggup melawan dua golongan itu bersendirian di zaman kita ini, jika adapun sangatlah sukar untuk dicari.. bukanlah mereka tidak kuat tetapi pertolongan Allah belum tiba..

berbalik kepada kecukupan dan ketinggian ilmu, setinggi mana pun ilmu lelaki lelaki ini maka amatlah sukar pada zaman ini untuk mengembalikan keagungan wanita Islam jika tiada bantuan dari kalangan wanita yang hebat.

seharusnyalah wanita wanita hebat inilah yang tampil kehadapan membantu menyelamatkan gejala gejala yang melanda wanita pada akhir akhir ini..

apakah yang diharap kepada Sister In Islam? mereka ini tak ubah seperti perempuan perempuan zaman jahilliyah dimana tidak mahu mengangkat martabat Islam malahan menjatuhkan lagi, contoh menutup aurat dan poligami yang di benarkan dalam kitab yang benar lagi mulia Al Quran pun mereka membantah, malahan ada lagi fatwa fatwa yang dikeluarkan oleh para ulama yang juga turut di bidas oleh golongan ini.. siapa wanita wanita hebat di kalangan mereka ini dan siapa pula wanita wanita hebat yang menyokong mereka ini.. selayaknya mereka menukar pertubuhan mereka kepada Sister Anti Islam?

aduhai malangnya kalau ada lelaki yang hanya mahu memimpin wanita wanita hebat, apa pula akan jadi kepada wanita wanita yang tidak hebat yang terus hanyut dengan kemaksiatan dan dosa.

wallahhuaklam.