Sunday, March 15, 2009

Post relax2...

Dah puas baca tentang falsafah yang payah, saya berkongsi pula kisah kehidupan di Manipal Medical College. Tak sampai 1 minit yang lalu, saya dikejar Safiah dengan tulang-tulang manusia. Walaupun saya tau esok buat pertama kalinya saya akan dissect cadaver, tapi masih tak mampu terima kenyataan. Ijan pula boleh buat muka selamba cium bau tengkorak manusia. Ngeri2. Haha. Memang penakut! Yang pasti saya takkan beli tulang-tulang dari lecturer sebab tulang2 tu fresh dari kubur. Nak beli dari senior, sekurang-kurangnya dah ada orang lain tidur ngan tulang2 tu.
Manipal adalah bandar pelajar perubatan. Di tepi-tepi jalan tersusun drug house. Makanan di sini memang murah berbanding Malaysia dan yang paling saya gemari jus-jus di sini memang fresh dibuat dari buah-buahan segar. Sarapan setiap pagi adalah Bombay Toaste dan Lime Juice yang berharga 10 rupee. Memang satu kepuasan minum jus sejuk dalam cuaca yang panas melampau. Setiap kali ke kelas, payung adalah satu kewajipan. Takut pulang ke Malaysia saya bertukar warna pula.
Kelas bermula Khamis lepas, pensyarah kebanyakannya best2 belaka. Hmm, pandangan awal sayalah. Cuma sesetengah perkataan sukar difahami kerana english dan bercampur kannada(salah satu bahasa di India). Yang pasti saya dah berkawan baik dengan abang india yang menjual buku. Agaknya balik2 tgk muka sy dan kawan2, bolehla minta buku murah2... Selasa lepas sempat kami menyaksikan perayaan Holi. Berwarna-warni jadinya Manipal. Orang pun dah rupa pelbagai...
Bersambung di lain hari, doktor2 Malaysia keluaran KTT nak berjoging...

6 comments:

farah hairuddin said...

ara!!ako0 mau ke India gak...ermmm..bes x??ape nme bandar yg ko g tu??tamil ke hindi bahasa dia?

Saiful Zam Zam said...

memang layaklah pelajar2 di Manipal Medical College tu disitu menuntut ilmu kedoktoran, kalaulah ana jagan cakap nak pegang organ2 manusia yang telah mati apa lagi kalau nak dibawa ke tempat tidur, ishhhh tak nak la..

Disana banyak buku2 yang murah sebab apa ye, buku yang berkaitan dgn apa yg dikatakan murah. 10rupee tu di convert ke RM berapa?

Perayaan Holi tu untuk apa di sambut disana, boleh jelaskan sikit.

:: ARA :: said...

laaa, org nak ke german, farah nak ke india watpe? haha.. meh2.. kat sini pakai bhs kannada. cuba ty mohan dia tau x.. hikhik...

Anonymous said...

joging ke? mesti mama bangga. ehehehhehe...

:: ARA :: said...

tatau pula holi tu utk apa. Sy ty bdk india pun dorg tatau, smbut seronok2 je katanya. Tp disebaliknya pasti ada penjelasan tertentu. Nanti sy cr. 10 rupee convert Rm lebih kurg 80 sen.

yeah dear, azam sy mahu jog slalu. Kita challenge mama!!!

farah hairuddin said...

india lg bes la..ade SRK..